Header Ads

Ramai Terkejut Lepas Dapat Tahu Cerita Sebenar Disebalik Penciptaan Lagu Potret

loading...

Ramai Terkejut Lepas Dapat Tahu Cerita Sebenar Disebalik Penciptaan Lagu Potret

Ramai Terkejut Lepas Dapat Tahu Cerita Sebenar Disebalik Penciptaan Lagu Potret

Ramai Terkejut Lepas Dapat Tahu Cerita Sebenar Disebalik Penciptaan Lagu Potret

Akhirnya pencipta lagu potret dedah KISAH SEBENAR disebalik lagu ni. Meremang bulu roma bila dapat tahu.


KUALA LUMPUR: "Lagu Potret ialah gambaran pengalaman saya ketika kehilangan seorang ustaz yang saya kagumi ketika belajar di sebuah sekolah agama," kata Kamar Empayar atau Afham Zulhilmi mengenai karya yang diangkat sebagai Juara Lagu, Anugerah Juara Lagu edisi ke-30 (AJL30), di Shah Alam, malam tadi.

Penulis lirik yang juga abang kepada penyanyi, Akim, itu berkata, beliau mencuba sebaik mungkin bagi menyempurnakan melodi yang dikirimkan oleh adiknya itu menerusi e-mel.

Afham yang juga seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi itu turut memberitahu, sebaik saja menerima melodi terbabit, beliau menggarap liriknya dalam tempoh lima minit saja.

"Saya garap pengalaman itu berdasarkan melodi yang Akim berikan. Ilham pula keluar secara spontan kerana saya sudah mempunyai subjeknya. "Saya memang tiada latar belakang muzik yang kuat. Saya lakukan semua ini bersandarkan minat dan pengetahuan yang ada," katanya yang julung kali mencuba bakat dalam penulisan lirik lagu.

Lagu berkenaan bukan saja membawa tuah kepada Afham dan Akim apabila dinobatkan sebagai juara, malah penyanyi itu dan kumpulannya, The Majistret juga diangkat sebagai pemenang Persembahan Terbaik pada pertandingan yang sudah pun mencecah usia tiga dekad itu.

Potret bukan karya pertama dan terakhir yang menyaksikan gandingan dua beradik berkenaan kerana Akim sendiri akan terus memberikan peluang kepada abangnya berkarya menerusi lagu ciptaannya nanti.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI
Loading...

No comments

Powered by Blogger.