Header Ads

“Perbincangan terlalu rumit, saya tawar hati” Terlajak Laris ucap selamat tinggal kepada Selangor

loading...

“Perbincangan terlalu rumit, saya tawar hati” Terlajak Laris ucap selamat tinggal kepada Selangor

“Perbincangan terlalu rumit, saya tawar hati” Terlajak Laris ucap selamat tinggal kepada Selangor

“Perbincangan terlalu rumit, saya tawar hati” Terlajak Laris ucap selamat tinggal kepada Selangor

Selangor akhirnya berputih mata selepas terkeluar daripada pilihan syarikat kosmetik D’Herbs, sebaliknya tiga pasukan, Pahang, Kedah dan FELDA United bakal meraih ‘durian runtuh’ daripada penajaan pengasas syarikat itu, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman.


Mengakui tawar hati dengan pasukan juara Piala Malaysia itu yang disifatkan terlalu rumit dengan perbincangan sebelum ini gagal mencapai kata putus, Aliff kini mengakui sedang mempertimbangkan secara serius untuk menaja tiga pasukan berkenaan.

"Perbincangan terlalu rumit, saya tawar hati" Terlajak Laris ucap selamat tinggal kepada Selangor
“Perbincangan terlalu rumit, saya tawar hati” Terlajak Laris ucap selamat tinggal kepada Selangor

Aliff ketika dihubungi BH Sukan berkata, beliau sudah bertemu dengan barisan pengurusan FELDA United dan Kedah untuk berbincang berhubung soal tajaan, tetapi buat masa ini, tiada lagi apa-apa perjanjian yang dimeterai.

Beliau juga mengambil keputusan untuk tidak mengenakan sebarang syarat bagi menaja pasukan terbabit, sebaliknya mahukan mereka pula yang memberikan ‘sesuatu’ kepada syarikat miliknya. “Cukuplah saya dikecam sebelum ini selepas berhasrat untuk menaja sebuah pasukan ternama, jadi saya hanya mahu mendengar apa yang boleh mereka tawarkan kepada saya dan kelebihan yang akan saya terima jika saya bersetuju menaja pasukan mereka.

“Saya serahkan kepada mereka untuk membuat keputusan apa yang bakal saya terima untuk penajaan ke atas pasukan mereka kerana mereka lebih memahami kehendak dan keperluan pasukan untuk bersaing dalam liga di negara ini,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Usahawan berusia 29 tahun itu juga mengakui beliau berada dalam dilema dan keliru untuk membuat pilihan pasukan mana yang bakal menerima penajaannya musim ini. “Saya sudah berjumpa secara peribadi dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kelmarin dan beliau turut memberikan tawaran ‘Terlajak Hebat’ yang saya fikir mampu menambat hati saya.

“Tambahan pula, Kedah memiliki penyokong yang hebat dan mampu memenuhi stadium setiap kali pasukan kesayangan mereka beraksi, jadi berkemungkinan ini bakal menjadi satu faktor yang akan saya pertimbangkan nanti,” katanya. Bagi Pahang dan FELDA United pula, Aliff berkata, kedua-dua pasukan itu terlalu dekat dengan hatinya memandangkan beliau sendiri adalah anak kelahiran Pahang dan dilahirkan di FELDA Kechau di negeri itu.

“Jadi, situasi ini meletakkan saya dalam keadaan dilema tetapi saya perlu memikirkan semasak-masaknya kerana isu tajaan ini bukan perkara yang kecil…ia membabitkan tajaan bernilai jutaan ringgit. “Saya akan leraikan penantian ini dalam sidang media khas yang bakal diadakan dua minggu lagi,” katanya.

Sumber : BH


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI
Loading...

No comments

Powered by Blogger.