Breaking News

Luahan Hati Bekas Isteri Eizlan Yusof Yang Digosipkan Bercinta Dengan Zizan Razak

loading...

Luahan Hati Bekas Isteri Eizlan Yusof Yang Digosipkan Bercinta Dengan Zizan Razak

Luahan Hati Bekas Isteri Eizlan Yusof Yang Digosipkan Bercinta Dengan Zizan Razak

Luahan Hati Bekas Isteri Eizlan Yusof Yang Digosipkan Bercinta Dengan Zizan Razak

Bekas isteri Eizlan Yusof, Vie Shantie melahirkan rasa kecewa apabila difitnah dengan pelawak popular Zizan Razak.


Kisahnya memenuhi portal hiburan di Malaysia dan juga di akhbar utama dan menjadi perbualan ramai.

Zizan Razak sebelum ini telah tampil memberi komen dan menafikan wujudnya kisah percintaan antara dirinya dengan Vie Shantie.

Ini pula luahan dari Vie Shantie:

Salam.. Sebelum ini saya mengambil langkah untuk berdiam diri bukan kerana apa yang diperkatakan itu benar.. .

Buat masa ini saya sibuk menguruskan urusan perniagaan saya sehingga tidak mempunyai masa untuk mengambil bahagian mengulas hal remeh temeh sebegini.. .

Namun bila fitnah ini semakin berleluasa sehinggakan melibatkan nama saya di ruang-ruang gosip dalam akhbar mahupun laman sosial, maka saya terpanggil untuk mengambil langkah memperbetulkan dakwaan segelintir pihak yang tidak usul periksa tentang kesahihan banyak perkara yang dilemparkan keatas diri saya.. .

Perbuatan mereka ini sudah keterlaluan dan melampaui batas kerana tidak adil jika mereka terus menulis sesuatu topik yang boleh memberi kesan keatas reputasi saya, apatah lagi jika ia melibatkan hal peribadi.. .

Maka pada hari ini (22hb Jan 2016) saya ingin menyatakan bahawa gosip liar yang kononnya saya mempunyai hubungan intim dengan Zizan Razak adalah TIDAK BENAR sama sekali.. .

Saya hanya mengenali Zizan sebagai sahabat biasa, tambahan pula dia merupakan rakan kepada adik lelaki saya yang juga terlibat dalam industri yang sama.. .

Saya memohon kepada semua pihak agar cerita fitnah ini dihentikan segera. Saya mempunyai keluarga dan mahu menjalani hidup seperti biasa tanpa sebarang kontroversi.. .

Akhir sekali, saya berharap agar ada sifat kemanusiaan di hatipara penulis untuk mempertimbangkan sesuatu perkara sebelum ia dikeluarkan sebagai kenyataan. Dunia kita kini terlalu banyak fitnah.. .

Janganlah sampai tangan kita menjadi kotor ‘MEMFITNAH’ kehidupan orang lain sehingga sebenarnya kita seolah-olah ‘MEMBUNUH’ kehidupan orang tersebut dalam masyarakat.. .

Semoga masih lagi ada golongan orang beriman yang percaya pada tuhan dan hariakhir lalu menghentikan segala tohmahan yang akhirnya ia boleh mengheret mereka kepada kemurkaan tuhan..


Sumber IG Vie Shanti



BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments