Kes Derma Selesai Namun Ini Pertanyaan Terkini Tun Mahathir Yang Buat PM Najib Kembali Gelisah

Kes Derma Selesai Namun Ini Pertanyaan Terkini Tun Mahathir Yang Buat PM Najib Kembali Gelisah

Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan penjelasan peguam negara bahawa Datuk Seri Najib Razak memulangkan kembali sebahagian besar wang sumbangan diterimanya kepada kerabat diraja Saudi.

Kes Derma Selesai Namun Ini Pertanyaan Terkini Tun Mahathir Yang Buat PM Najib Kembali Gelisah
Kes Derma Selesai Namun Ini Pertanyaan Terkini Tun Mahathir Yang Buat PM Najib Kembali Gelisah
“Bagaimana dan bila ia dibuat? Kita diberitahu bahawa bakinya dibekukan oleh Singapura.


“Boleh Singapura jelaskan berkaitan unfreezing dan penghantaran balik kepada Saudi?” soalnya.

Beliau juga membangkitkan persoalan sama ada Singapura sebagai sebuah pusat kewangan akan begitu mudah tertipu.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali semalam berkata US$620 (RM2.03) daripada AS$681 (RM2.60 Billion) yang diterima dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai.

Pada 22 Julai lepas, Reuters melaporkan polis Singapura membekukan dua bank akaun susulan siastan terhadap dakwaan salah urus kewangan dan rasuah berkaitan 1MDB.

Selain itu, Mahathir juga mengakui terkejut dengan keputusan peguam negara yang memutuskan bahawa perdana menteri tidak melakukan apa-apa perbuatan jenayah apabila wang RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

“Mempunyai sejumlah wang seperti itu di dalam akaun perdana menteri pun sudah menjadi kesalahan walaupun ia mungkin bukan jenayah.

“Tetapi peguam negara sekarang mengumumkan wang tersebut merupakan hadiah daripada Arab Saudi.

“Dan peguam negara membuat kesimpulan bahawa tiada kes untuk Najib menjawab. Beliau juga mengarahkan SPRM untuk menutup kes itu dan hentikan siasatan,” katanya lagi.

Bekas pemimpin negara itu juga secara sinis mempersoalkan SPRM yang sepatutnya menjadi sebuah badan bebas tetapi dilihat seolah-olah menerima arahan daripada Apandi.

“Saya fikir SPRM adalah sebuah badan yang bebas. Tetapi kini ia seolah-olah berada di bawah peguam negara dan mengambil arahan daripada dia.

“Tidak hairanlah Malaysia termasuk di kalangan sepuluh negara yang paling korup di dunia. Badan pencegahan rasuahnya tidak bebas,” kata Mahathir lagi.

- Malaysiakini


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post