Header Ads

Kami orang amanah, jaga Tabung Haji dengan baik – Azeez

loading...

KUALA LUMPUR: “Makcik-makcik jangan percaya, kami ini orang beramanah, kami orang Islam. Kami akan jaga Tabung Haji dengan baik,” nasihat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kepada pencarum.

Kami orang amanah, jaga Tabung Haji dengan baik – Azeez
Kami orang amanah, jaga Tabung Haji dengan baik – Azeez
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) itu berkata, pembangkang sengaja menyerang Tabung Haji kerana gagal menyerangnya sebagai ahli politik.


Menurutnya, tuduhan yang dilontarkan terhadap Tabung Haji adalah tidak benar dan masyarakat umum digesa agar tidak mempercayai dakyah-dakyah yang disebarkan pembangkang.

“Kita (Tabung Haji) tidak ada masalah. Ini dakyah polemik politik kerana saya jadi Pengerusi Tabung Haji dan juga ahli politik. Sebab itu, mereka nak serang peribadi tidak boleh, jadi mereka serang Tabung haji,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.

Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling berkata, Tabung Haji masih menanggung subdisi untuk bakal- bakal haji menunaikan ibadah di Mekah dan jika legasi itu mengalami kerugian, pasti tidak akan mampu menanggung kos menunaikan haji.

“Saya ingin memaklumkan kepada semua jemaah kita, subsidi Tabung Haji untuk tahun ini kepada jemaah kita sebanyak RM167 juta.

“Untuk maklong, paklong, pakcik makcik yang hendak pergi ke Mekah tahun ini kosnya adalah RM18,980 di mana Tabung Haji hanya mengambil caj sebanyak RM9,980.

“Maknanya, setiap yang hendak pergi Mekah kali pertama meraka disubsidikan oleh Tabung Haji sebanyak RM8,910. Mana mungkin Tabung Haji tanggung subsidi ini kalau kita kerugian,” jelasnya.

 FMalaysia Today


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI
Loading...

No comments

Powered by Blogger.