• Breaking News

    Friday, 29 January 2016

    Adnan Bertindak Zalim Terhadap Mukhriz Ketika Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO

    Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan beliau telah menghalau Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di PWTC, hari ini.

    Adnan Bertindak Zalim Terhadap Mukhriz Ketika Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
    Adnan Bertindak Zalim Terhadap Mukhriz Ketika Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO
    Setiausaha Agung UMNO itu menjelaskan, perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi isu kerana Mukhriz telah diberitahu pagi tadi supaya tidak hadir mesyuarat MT.


    “Perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu. Walaupun Mukhriz Ahli MT tetapi beliau telah diarahkan supaya tidak datang mesyuarat MT hari ini.

    “Kita telah memaklumkan perkara ini kepada beliau menerusi telefon,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat UMNO.

    Mukhriz meninggalkan mesyuarat MT selepas tidak sampai satu jam dan mendakwa arahan itu dikeluarkan oleh Tengku Adnan atau Ku Nan.

    “Beliau (Ku Nan) berkata sesiapa yang tidak dijemput diminta meninggalkan mesyuarat dan arahan itu ditujukan kepada saya,” kata Mukhriz kepada media selepas keluar dari bilik mesyuarat MT.

    creddit : http://suarakamibaru.blogspot.my






    BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

    No comments:

    Post a Comment

    Total Pageviews