Pengacara Aziz Desa meninggal dunia akibat masalah buah pinggang.. Al Fatihah

Pengacara Aziz Desa meninggal dunia akibat masalah buah pinggang.. Al Fatihah

Bekas wartawan dan pengacara, Aziz Desa dilaporkan telah meninggal dunia pada pukul 10.50 pagi tadi di Hospital Langkawi.

Pengacara Aziz Desa meninggal dunia akibat masalah buah pinggang.. Al Fatihah
Pengacara Aziz Desa meninggal dunia akibat masalah buah pinggang.. Al Fatihah
Aziz atau nama sebenar Abdul Azid, 50, menghembuskan nafas terkahir selepas terlantar di hospital tersebut akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.


Allahyarham yang juga bekas setiausaha akhbar kepada menteri besar Kedah dilapor mengalami masalah buah pinggang pada tahap serius dan sedang menjalani proses heamodialisis.

Allahyarham merupakan antara pengacara popular negara dan juga pernah memeriahkan program Malaysia Hari Ini (MHI) satu ketika dulu..

Segmen kelolaan beliau iaitu Jejak Kasih juga membuatkan Allahyarham dikenali ramai serta mempunyai ramai peminat di seluruh negara.

Apatah lagi dengan kepetahannya menyusun ayat serta berperwatakan selamba didalam mengendalikan program Siaran Langsung, nama Aziz Desa cukup gah dikalangan dunia pengacaraan ketika itu.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman.. Al Fatihah buat Allahyarham Aziz Desa.. - Utaranews.com


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post