Header Ads

Sayu : Nasi Arab juadah terakhir anak saya Mohamad Fadhir sebelum pergi buat selama nya - Ibu (6Gambar)

loading...

IPOH : Seorang ibu tidak menyangka hidangan nasi Arab yang menjadi kegemaran anaknya, Mohamad Fadhir Ismail, 35, menjadi masakan terakhir yang dapat disediakannya sebelum anak lelakinya itu maut dalam kemalangan di Kilometer 280.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan, malam tadi.

Sayu : Nasi Arab juadah terakhir anak saya Mohamad Fadhir sebelum pergi buat selama nya - Ibu (6Gambar)
Sayu : Nasi Arab juadah terakhir anak saya Mohamad Fadhir sebelum pergi buat selama nya - Ibu (6Gambar)
Selain Mohamad Fadhir yang me­rupakan anak ketiga dari lapan adik beradik, turut maut dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu adalah anak sulung mangsa, Mohamad Adam Faris yang berusia lima tahun.


Anak beranak itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.



Tinggal Kenang Adam dan Ayah nya Maut-Al fatihah


Isteri Allahyarham semoga tabah





Menurut Hamidah Adnan, 59, hidangan nasi Arab itu disediakannya dua minggu lalu semasa Mohamad Fadhir sekeluarga datang menziarahinya di Balakong, Selangor.

“Nasi Arab memang makanan ke­gemarannya dan setiap kali datang ke rumah, pasti dia meminta saya masakkan untuknya kerana dia hanya akan makan kalau saya yang masak.

“Saya tengok dia cukup berselera menikmati hidangan itu. Tidak sangka itu juadah terakhir yang dapat saya masak untuknya.

“Meskipun amat sedih dengan apa yang berlaku, namun saya reda dengan takdir ini dan berharap agar menantu saya tabah menerima suratan yang telah ditetapkan oleh Allah itu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Dalam kejadian malam tadi itu, Mohamad Fadhir yang merupakan kakitangan Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) dan anaknya, Mohamad Adam Faris maut apabila kereta yang mereka naiki sekeluarga terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan di Kilometer 280.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran susur keluar Ipoh Selatan.

Hamidah berkata, dia juga tidak mengetahui langsung tentang pemergian mereka sekeluarga ke Pulau Pinang dan amat terkejut sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai kemalangan berkenaan.

“Saya dengan Mohamad Adam Faris juga amat rapat kerana sejak kecil hingga dia berusia empat tahun, saya yang menjaganya. Pasti saya amat merindukan telatahnya selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintenden Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kereta itu yang turut dinaiki oleh isteri mangsa, Noorharzuin Halim, 32, anak bongsu, Noor Adalea Fatiha, 1, serta anak saudara mangsa, Ummi Kalthum Tajuddin, 21. dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Gombak, Kuala Lumpur.

“Mangsa sekeluarga pergi ke Pulau Pinang pada Sabtu lalu untuk menziarahi nenek Noorhazuin yang sakit sebelum pulang ke rumah mereka di Gombak malam tadi.

“Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, kereta Mistsubishi Airtrek yang dipandu Mohamad Fadhir dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang besi kiri jalan.

“Akibatnya, kedua-dua beranak itu disahkan maut di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera ringan dan dibawa ke HRPB untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Wan Sharuddin, kedua-dua mangsa yang maut dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat sebelum dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Cheras Jaya. - UTUSAN


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI
loading...

No comments

Powered by Blogger.