SAYU dan PILU buat keluarga Jenazah YUS JAMBU yang telah selamat dikebumikan

SAYU dan PILU buat keluarga Jenazah YUS JAMBU yang telah selamat dikebumikan

Jenazah pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nesam, Bintong, Perlis kira-kira jam 2.30 petang tadi.

SAYU dan PILU buat keluarga Jenazah YUS JAMBU yang telah selamat dikebumikan
SAYU dan PILU buat keluarga Jenazah YUS JAMBU yang telah selamat dikebumikan
Allahyarham Yus, 39, sebelum itu tiba di kampung halamannya sekitar jam 11.45 pagi sebelum disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Nurul Iman, Kampung Nesam.


Dianggarkan lebih 3,000 orang yang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan kenalan artis dan peminat dari seluruh negeri Perlis kelihatan membanjiri kawasan masjid dari 10 pagi untuk menantikan ketibaan jenazah.



Antara kenalan artis dan juga pelawak serta pelakon seperti Achey, Angah, Atu, Tauke, Hairi Safwan dan Akim AF turut menghadiri majlis pengkebumian itu.

Pemenang tempat pertama program Raja Lawak musim pertama ini menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 12.15 malam sewaktu perjalanan ke Hospital Selayang selepas dilaporkan terkena serangan sawan dan seterusnya tidak sedarkan diri.

Ketika tiba di bahagian Zon Merah, Unit Kecemasan, pihak doktor mengesahkan Yus Jambu telah pun meninggal dunia.

Menurut rakan serumahnya seperti yang dilaporkan Berita Harian Online, Allahyarham Pak Yus sebelum ini pernah mengalami masalah jantung dan kecing manis

Sumber: mewarnaimu9

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post