Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2015 Online

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2015 Online

Cara memohon dan syarat permohonan rumah mampu milik di Terengganu 2015 secara online.

Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2015 Online
Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2015 Online
Seperti sedia maklum, permohonan Rumah Kos Rendah / Rumah Mampu Milik / Rumah Pangsa Mampu Milik boleh dilakukan secara online menerusi Laman Web e-Perumahan SUK Terengganu di alamat http://eperumahan.terengganu.gov.my. Permohonan online bagi tahun 2015 dibuka bermula 1 hingga 30 November 2015.


Borang Permohonan Rumah Mampu Milik Terengganu 2015 Online

Sila layari http://eperumahan.terengganu.gov.my/eperumahan/ dan ikuti langkah-langkah di bawah.


  1. Sekiranya anda belum mempunyai akaun pengguna, sila daftar akaun baru dengan klik pada butang Sign Up pada sudut atas sebelah kanan halaman.
  2. Sila tunggu 10 minit bagi pihak kami mengaktifkan akaun anda. Sila abaikan mesej berkenaan activation email.
  3. Kemudian anda boleh daftar masuk menggunakan akaun pengguna anda dengan klik pada butang Login pada sudut atas sebelah kanan halaman.
  4. Selepas daftar masuk, klik pada pilihan Permohonan Saya di menu bahagian atas laman web ini. Anda akan dibawa ke halaman untuk mengisi maklumat anda.
  5. Sila isi maklumat seperti yang dikehendaki, buat semakan dan klik pada butang Hantar.

Syarat-syarat Kelayakan Rumah Mampu Milik Terengganu 2015


  1. Warganegara MALAYSIA; keutamaan kepada rakyat Terengganu
  2. 18 tahun sehingga 50 tahun sahaja layak memohon
  3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang
  4. Pemohon dan pasangan belum memiliki rumah
  5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima anugerah / bantuan tanah kediaman daripada pihak kerajaan
  6. Pendapatan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM3000 sebulan
  7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
  8. Anggota beruniform bertugas di luar kawasan (luar Terengganu) layak dipertimbangkan
  9. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan sendiri
  10. Pemohon berumur 50 tahun ke atas boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga terdekat
  11. Kelulusan khas akan dipertimbangkan bagi penduduk yang terlibat dengan bencana alam / kebakaran atau pengambilan balik tanah oleh pihak kerajaan

Tempoh Permohonan: 1 hingga 30 November 2015

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
( PERUMAHAN )
Tingkat Bawah No. 28,
Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.

Telefon : 09 – 626 7999 / 09 – 631 7999
Faks : 09 – 6262999


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post