Lelaki Ini Jumpa Sesuatu Yang Sangat BERHARGA Ketika Mengebumikan Anak Kucingnya

Lelaki Ini Jumpa Sesuatu Yang Sangat BERHARGA Ketika Mengebumikan Anak Kucingnya

Rompin – Seorang nelayan yang tinggal di Kampung Perepat, di sini, tidak menyangka keputusannya memelihara seekor anak kucing yang dijumpai di pinggir hutan berhampiran rumahnya empat tahun lalu membawa kepada penemuan objek misteri yang tertanam di tepi kediamannya.

Lelaki Ini Jumpa Sesuatu Yang Sangat BERHARGA Ketika Mengebumikan Anak Kucingnya
Lelaki Ini Jumpa Sesuatu Yang Sangat BERHARGA Ketika Mengebumikan Anak Kucingnya
Menurut Zulkipli Sulong, 46, kucing betina yang diberi nama Miow itu telah melahirkan lima ekor anak tahun lalu, namun seekor daripadanya mati.


"Bila anak kucing tu mati, saya cadang nak tanam di tepi rumah sahaja. Sedang saya gali lubang kubur untuk anak kucing tu, tiba-tiba mata alat penggali yang saya guna terkena objek keras macam besi.

"Saya gali lagi dan bila dikeluarkan dari tanah, saya terkejut sebab ia merupakan kacip pinang yang berukir kepala naga berwarna emas. Saya tak sangka kematian anak Miow membawa kepada penemuan kacip pinang yang diperbuat daripada emas. Mungkin ini balasan sebab saya ambil dan peliharanya Miow sewaktu dijumpai di pinggir hutan empat tahun lalu,” katanya yang menganggap penemuan tersebut ibarat tuah membela Miow.

Zulkipli berkata, sebelum menjumpai kacip pinang emas tersebut, satu kejadian aneh pernah berlaku apabila ada objek besar jatuh di atas bumbung rumahnya dengan bunyi yang sangat kuat, namun selepas diperiksa tidak menjumpai sebarang objek.

Bagaimana pun, menurutnya, selepas menjumpai kacip pinang emas itu tiada kejadian aneh yang menimpa dirinya.

"Sampai sekarang ni saya masih simpan kacip pinang tersebut. Saya juga yakin ia adalah emas sebenar selepas bertanya dengan rakan-rakan yang rapat. Kawan-kawan beritahu, kacip pinang itu memang diperbuat daripada emas. Saya cuba mengikisnya sendiri dengan pisau... warna emasnya tak hilang dan habuknya berkilat,” katanya.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post