Header Ads

"Lebih Bagus Kalau Rakyat Susah Nak Ke Luar Negara" - Nazri... Apa Pula Kata Netizen, JOM BACA

loading...

KUALA LUMPUR - Rakyat di negara ini tidak digalakkan untuk bercuti di luar negara, bahkan ia lebih bagus jika mereka lebih susah untuk berbuat demikian, kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

"Lebih Bagus Kalau Rakyat Susah Nak Ke Luar Negara" - Nazri... Apa Pula Kata Netizen, JOM BACA
"Lebih Bagus Kalau Rakyat Susah Nak Ke Luar Negara" - Nazri... Apa Pula Kata Netizen, JOM BACA
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau lebih menggalakkan pelancong luar datang ke Malaysia.



"Saya selaku Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia tidak galakkan rakyat melancong ke luar negara. Saya hanya menggalakkan pelancong luar negara ke Malaysia. Jadi, kalau suah mereka melawat ke luar negara lagi bagus," katanya ketika berbahas Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2016 di Parlimen.

Kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas itu disindir oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, yang menyatakan bahawa hanya Nazri saja yang berhak ke luar negara.

"Yang boleh melancong ke luar negara hanyalah menteri seorang sahaja," sindirnya yang menyebabkan seluruh Dewan Rakyat menjadi riuh dengan sorakan ahli parlimen yang lain.

Bagaimanapun, Nazri menjelaskan bahawa tujuan beliau ke luar negara adalah untuk mempromosi industri pelancongan Malaysia.

"Yang berhormat tahu atau tidak promosi?" soalnya.

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa berang dan geram mereka terhadap kenyataan menteri terbabit.


"Ya Allah, geramnya! Yang isteri dia keliling dunia boleh pula? Tolonglah cakap perkara yang logik sikit. Ini tidak, dah serupa nak jadi Korea Utara ke? Semakin hari semakin bodoh para menteri Najib ni!" kata netizen. - THEHYPEMEDIA.COM


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI
loading...

No comments

Powered by Blogger.