• Breaking News

    Wednesday, 25 November 2015

    Kedai jual cecair vape diserbu di Pahang

    Kuantan: Hampir 60 peratus perisa vape atau rokok elektronik yang dijual di pelbagai premis di negeri Pahang dikesan mengandungi nikotin yang melanggar undang-undang ditetapkan.

    Kedai jual cecair vape diserbu di Pahang
    Kedai jual cecair vape diserbu di Pahang
    Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, bagi membanteras penyalahgunaan itu, pihaknya menjalankan serbuan bagi memeriksa secara khusus kandungan perisa vape yang dijual bagi memastikan ia mengikut peraturan.


    “Kita sudah menghantar sampel kandungan vape dari seluruh negeri ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dengan lebih tepat dan keputusannya bakal diketahui dalam masa terdekat iaitu awal bulan depan.

    “Peniaga yang menjual perisa vape mengandungi nikotin akan didakwa di mahkamah mengikut Akta Racun 1952. Ini kerana tiada satu nikotin dalam perisa vape yang dilesenkan Kementerian Kesihatan setakat ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Jantung Sedunia peringkat negeri di sini, hari ini.

    Dr Zainal Ariffin berkata. pihaknya tidak boleh menguatkuasakan larangan menghisap vape di kawasan larangan merokok seperti di pusat beli-belah kerana belum diwartakan dalam undang-undang.

    “Sementara menunggu undang-undang dipinda, kita akan melaksanakan kempen pendidikan mengenai bahaya menghisap vape yang kesannya sama seperti merokok terutama di kalangan generasi muda.

    “Kita akan melancarkan satu kempen yang pengisiannya berkaitan dengan vape dan ia bakal dilancarkan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang juga menjadi kawasan larangan merokok,” katanya.

    Sementara itu, Dr Zainal Ariffin dalam ucapannya meminta masyarakat terutama yang berisiko tinggi menghidap penyakit jantung seperti mengalami diabetes, berat badan berlebihan dan berusia 40 tahun ke atas melakukan pemeriksaan berkala di klinik kesihatan.

    Beliau berkata, usaha itu dilakukan bagi mengelakkan mereka menghidap penyakit jantung dan dapat membuat pencegahan dengan lebih awal. – Bernama


    BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

    No comments:

    Post a Comment

    Total Pageviews