Breaking News

Bapa Pelakon Ummi Nazeera di penjara 31 tahun .. dia bersyukur penderitaan ibu berakhir

loading...

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman pernjara 31 tahun itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bapa Pelakon Ummi Nazeera di penjara 31 tahun .. dia bersyukur penderitaan ibu berakhir
Bapa Pelakon Ummi Nazeera di penjara 31 tahun .. dia bersyukur penderitaan ibu berakhir
Datuk Zainulabadin didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas.


Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd.

Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan. Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam.

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai. Ummi juga bersyukur dengan keputusan mahkamah tersebut.

“Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya,” katanya dan menjelaskan segala keperitan ibunya telah berakhir, dipetik melalui portal The Rakyat Post. Credit Rotikaya



BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments