Permohonan Kemasukan MRSM 2016 Tingkatan 1 Online

Permohonan Kemasukan MRSM 2016 Tingkatan 1 Online

Permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 tahun 2016 secara online. Menerusi makluman rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA), borang permohonan MRSM 2016 Tingkatan 1 boleh didapati secara online setelah keputusan UPSR 2015 diumumkan keluar pada minggu ketiga bulan November 2015.

Permohonan Kemasukan MRSM 2016 Tingkatan 1 Online
Permohonan Kemasukan MRSM 2016 Tingkatan 1 Online
Permohonan juga terbuka kepada semua pelajar tahun 6 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Berikut adalah syarat kelayakan dan cara permohonan ke Tingkatan 1 MRSM pada tahun 2016.



Senarai Program MRSM Tingkatan 1 2016

Untuk info, calon UPSR 2015 yang layak perlu menduduki temuduga dan Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM). Terdapat tiga program utama yang ditawarkan di MRSM. Program-program adalah seperti berikut:


  • MRSM Program Biasa: Program ini melaksanakan sistem pendidikan MRSM

  • MRSM Program Ulul Abab: Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Ulul Abab merangkumi pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa lain seperti Bahasa Mandari dan Jepun selain subjek teras yang sedia ada di MRSM.

  • MRSM Program Dwisijil SPM IGCSE: Program Cambriged International General Certificate of secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (Value Add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijik Pelajaran Malaysia (SPM).

Borang Permohonan MRSM Tingkatan 1 2016 Online

Borang permohonan boleh dilayari di https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp setelah keputusan UPSR 2015 diumumkan keluar dijangka pada minggu ketiga November 2015.

Cara Permohonan MRSM Tingkatan 1 2016 Online

1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan setelah keputusan UPSR 2015 diumumkan secara rasmi.

2. Pemohonan perlulah membawa salinan surat beranak dan salinan keputusan UPSR 2015 yang telah disahkan untuk mendapatkan kata laluan percuma.

3. Pemohon mesti mengisi borang secara online di laman https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp dan menghantar borang tersebut secara online.

4. Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang secara online untuk menduduki ujian dan temuduga.

5. Pemohonan mestilah menghantar cetakan borang permohonan ke alamat berikut:

Permohonan Tingkatan 1
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA
21. Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

Syarat Kelayakan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Tahun 2016

Syarat Kemasukan MRSM (Semenanjung Malaysia)

  • Warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  • Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia
  • Bumiputera tahun enam
  • Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
  • Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015

Syarat Kemasukan MRSM (Sabah Dan Sarawak)

  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak
  • Bumiputera tahun enam
  • Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan
  • Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015.

Post a Comment

Previous Post Next Post