Johor Cuti Esok Jika JDT Menang Piala AFC 2015 - Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim

Johor Cuti Esok Jika JDT Menang Piala AFC 2015 - Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim

KUALA LUMPUR – Kerajaan Johor akan mengisytiharkan cuti bagi seluruh negeri itu esok sekiranya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) muncul juara Piala AFC 2015 dalam aksi di stadium lawan malam ini.

Johor Cuti Esok Jika JDT Menang Piala AFC 2015 - Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim
Johor Cuti Esok Jika JDT Menang Piala AFC 2015 - Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim
Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim berkata, pengumuman cuti khas peristiwa jika JDT menang Piala AFC itu kerana ia merupakan satu sejarah dan kejayaan buat bola sepak Johor.

“Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari esok Ahad 1 November 2015 sebagai cuti khas peristiwa untuk seluruh negeri Johor sekiranya kemenangan berpihak kepada pasukan JDT.


“Perlawanan yang dijadualkan pada pukul 5 petang waktu tempatan di Stadium Central Republican, Dushanbe Tajikistan ini juga merupakan satu kejayaan buat JDT apabila berjaya mara hingga ke peringkat akhir dan pastinya lebih manis seandainya dapat membawa pulang piala tersebut ke Johor,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

JDT mencipta sejarah bola sepak tanah air apabila muncul pasukan pertama dari negara ini mara ke peringkat akhir Piala AFC, menentang FC Istiklol hari ini. – mynewshub.cc


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post