Punca Sebenar TMJ Arahkan Jalur Gemilang DITURUNKAN

Punca Sebenar TMJ Arahkan Jalur Gemilang DITURUNKAN

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikhabarkan telah bertitah bahawa semua bendera Jalur Gemilang di negeri itu hendaklah diturunkan serta-merta dan digantikan dengan bendera daerah masing-masing.

Punca Sebenar TMJ Arahkan Jalur Gemilang DITURUNKAN
Punca Sebenar TMJ Arahkan Jalur Gemilang DITURUNKAN
Sepucuk surat dari Pejabat Daerah Segamat kepada semua Ketua Jabatan di daerah berkenaan yang memanjangkan titah berkenaan telah tersebar di laman sosial Facebook hari ini.

Semua bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di seluruh negeri Johor hendaklah diturunkan serta-merta kerana sambutan Hari Kebangsaan telah selesai.

Bendera Malaysia tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing-masing, demikian menurut surat berkenaan.

Ramai pihak meluahkan reaksi bercampur-campur berkenaan titah terbaru ini kerana ia dilihat sebagai satu tindakan yang pelik memandangkan Johor merupakan sebuah negeri di dalam Malaysia.

Tinjauan laman web lain mendapati ada pihak berpendapatan bahawa langkah itu ada kaitan untuk membawa Johor keluar daripada Malaysia.




SUMBER:http://www.pru14.tv/2015/09/21/tmj-titah-turunkan-bendera-jalur-gemilang-serta-merta-di-seluruh-johor/

Sumber: bocorlagi

Post a Comment

Previous Post Next Post