Jerebu: KPM nafi khabar tutup sekolah esok

Jerebu: KPM nafi khabar tutup sekolah esok

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di seluruh negara akan dibuka seperti biasa pada Khamis, kata Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini selepas menafikan khabar angin sekolah akan ditutup di beberapa kawasan berikutan jerebu.

Jerebu: KPM nafi khabar tutup sekolah esok
Semua sekolah di seluruh negara akan dibuka seperti biasa pada Khamis, kata Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini selepas menafikan khabar angin bahawa sekolah akan ditutup di beberapa kawasan berikutan jerebu. - Gambar Fail
KPM menerusi akaun Facebooknya berkata, edaran kenyataan media berhubung penutupan sekolah yang viral di aplikasi Whatsapp oleh pihak yang tidak bertanggungjawab adalah palsu.

Kenyataan palsu itu melaporkan semua sekolah di beberapa kawasan akan ditutup esok (Khamis) berikutan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat dan sangat tidak sihat di beberapa kawasan di seluruh negara.

Kawasan-kawasan yang dimaksudkan termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sri Aman, Kuching dan Samarahan.



KPM juga menasihati semua pihak untuk mendapatkan kenyataan rasmi hanya dari portal KPM FB rasmi KPM dan Twitter KPM.

Pada pagi Rabu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan beberapa kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat meningkat kepada 18 kawasan setakat 9 pagi ini berbanding 11 kawasan pada 7 malam, Selasa.

Post a Comment

Previous Post Next Post