Video: Lima Individu ‘Ditelan’ Bumi Ketika Tunggu Bas Di China

Video: Lima Individu ‘Ditelan’ Bumi Ketika Tunggu Bas Di China

SEJAK kebelakangan ini pelbagai jenis musibah serta ujian telah menimpa masyarakat di China.

Video: Lima Individu ‘Ditelan’ Bumi Ketika Tunggu Bas Di China
Video: Lima Individu ‘Ditelan’ Bumi Ketika Tunggu Bas Di China
Daripada kemalangan maut yang melibatkan seorang wanita dan eskalator sehinggalah letupan besar yang berlaku di pusat pelabuhan Tianjin yang mengorbankan ratusan nyawa baru-baru ini.

Terbaru, sebuah rakaman video lima orang individu yang ‘ditelan’ bumi ketika sedang menunggu bas di Harbin, wilayah Heilongjiang telah viral dan mendapat perhatian netizen di sana.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada hari sabtu lalu dan menerusi video tersebut, permukaan lantai di sebuah perhentian bas telah terjerlus ke dalam mengakibatkan 5 orang awam yang berada di situ jatuh serta-merta.

Menurut laporan media tempatan, kesemua mangsa dikatakan selamat dan kini dirawat di hospital. Punca kejadian masih lagi disiasat. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Ground at Harbin bus stop suddenly caves into a sinkhole, swallowing up 4 passengers

Posted by Shanghaiist on Wednesday, August 26, 2015

Post a Comment

Previous Post Next Post