Tun M Minta TPM Dedah Bukti Penderma RM2.6 Bilion Kepada PM Najib

Tun M Minta TPM Dedah Bukti Penderma RM2.6 Bilion Kepada PM Najib

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir meminta Timbalan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar menunjukkan bukti derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tun M Minta TPM Dedah Bukti Penderma RM2.6 Bilion Kepada PM Najib
Tun M Minta TPM Dedah Bukti Penderma RM2.6 Bilion Kepada PM Najib
Ahmad Zahid baru-baru ini telah memberitahu bahawa beliau telah berjumpa dengan pihak yang memberikan wang berkenaan jadi Tun M mahu bukti.

Ini komen Tun M melalui blognya:

TPM baru mengatakan dia telah berjumpa Arab yang memberikan wang itu. Jikalau begitu hendaklah ia buktikan bahawa Arab ini mempunyai sejumlah wang yang banyak untuk diberikan kepada Malaysia dan negara-negara lain. Apakah sumber wang ini? Apa perniagaan yang dia buat? Apakah nama bank yang dia gunakan? Tunjukkan akaunnya di bank, cek-cek yang beliau keluarkan, terutamanya USD700 juta itu. Bank penerima mesti masih memegang cek-cek itu.

Semua maklumat ini mungkin telah pun disahkan oleh pasukan petugas yang empat itu. Tetapi Najib telah membongkarkan pasukan petugas dengan memecat Peguam Negara, menghantar ketua SPRM bercuti, dan menuduh Bank Negara membocorkan rahsia Kerajaan.

Sekarang SPRM dikatakan masih menyiasat 2.6 bilion itu. Ia adalah suatu SPRM yang telah dilumpuhkan. Jika Najib serius untuk menyiasat RM2.6 bilion kepunyaannya dalam Ambank, beliau perlu melantik semula pasukan tugas yang asal. Satu pasukan petugas baru yang penuh dengan orang-orangnya tidak mempunyai kredibiliti.

Ahad lalu, Ahmad Zahid mengesahkan secara peribadi beliau sudah bertemu wakil keluarga dari Timur Tengah yang menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Post a Comment

Previous Post Next Post