Breaking News

Sayu Sekali..Status Wechat terakhir mangsa kemalangan di Jalan Teluk Intan-Klang..

loading...

Seorang pelajar kolej swasta maut selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor lembu yang tiba-tiba melintas dalam kejadian di Kilometer 39 Jalan Teluk Intan-Klang, berdekatan Tebok Pulai, di sini, tengah malam kelmarin.

Sayu Sekali..Status Wechat terakhir mangsa kemalangan di Jalan Teluk Intan-Klang..
Sayu Sekali..Status Wechat terakhir mangsa kemalangan di Jalan Teluk Intan-Klang..  
Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa Mohamad Zaki Zulkifli 19, maut di lokasi kemalangan selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Beberapa jam sebelum kejadian, arwah Mohamad Zaki mengemas kini status aplikasi Wechat miliknya yang mengajak rakannya untuk pulang ke kampung dan tidak terus berseorangan.

“Saya di sini wakil ‘4valve’ menyeru anak-anak cepat pulang ke tanah air. Di sini saya asyik meranjau saja.

Meh-meh (mari) pulang. Tolong saya di sini,” tulisnya dalam status aplikasi itu. Bapa mangsa, Zulkifli Mohamed Halid, 54, berkata, kehilangan arwah adalah dugaan kedua terbesar kepada keluarganya selepas dia kematian isteri September tahun lalu akibat komplikasi buah pinggang.

“Saya reda dengan ketentuan-Nya. Sekelip mata saja orang saya sayangi dan kasihi pergi meninggalkan kami sekeluarga,” katanya yang masih sugul ketika ditemui.

Zulkifli berkata, anak kembar sulung daripada lima beradik itu banyak berkorban dalam keluarga apabila terpaksa menangguhkan pengajiannya sejak tiga bulan lalu kerana terpaksa menjaganya yang baru menjalani pembedahan kaki kanan.

“Kaki kanan saya terpaksa dipotong sebelum Ramadan lalu akibat kencing manis. Arwah dengan rela hati memikul untuk urus dan jaga saya. Sudah pasti saya amat merasai kehilangannya,” katanya.

Sementara itu, adik kembar arwah, Mohamad Zaid Zulkifli, 19, berkata, kali terakhir dia terdengar suara arwah abangnya itu menyebut ‘Allah’ ketika Mohamad Zaki tidur di dalam bilik, jam 8 malam sebelum kejadian.

“Sebaik saya masuk ke bilik, saya pelik sebab dia sebut Allah dalam tidurnya. Saya pun tak hiraukan dan terus bersiap untuk ke kedai makan bersama ayah,” katanya.

“Hati saya meronta-ronta nak balik juga ke kampung Jumaat lalu dan tidak menyangka, itu adalah kesempatan terakhir saya bertemu arwah kerana kami memang rapat sejak kecil,” katanya.

Jenazah Mohamad Zaki selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebok Pulai, di sini, kira-kira jam 2 petang semalam. - Metro


loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments