Breaking News

Penyelidik DEDAHKAN Usia alam semesta dekati garis penamat....

loading...

Sydney - Alam semesta semakin mendekati garis penamatnya, namun manusia tidak perlu panik kerana usianya masih berbaki kira-kira 100 bilion tahun lagi, maklumat itu didedahkan sekumpulan penyelidik dari Australia.

Penyelidik DEDAHKAN Usia alam semesta dekati garis penamat....
Penyelidik DEDAHKAN Usia alam semesta dekati garis penamat....
Pengkaji dari Pusat Antarabangsa Kajian Astronomi Radio (ICRAR) Australia itu sudah mengukur tenaga yang dihasilkan di seluruh 200,000 galaksi dengan lebih tepat berbanding sebelum ini. Agensi berita Xinhua melaporkan, penemuan itu hanya separuh daripada keadaan sebenar dua bilion tahun lalu dan berterusan semakin pudar.

Simon Driver dari ICRAR berkata, penyelidikan itu kelihatan 'kabur' namun manusia masih punya masa yang panjang.

"Ia akan menjadi satu proses yang panjang dan semakin menyusut. Tempoh yang diambil kira-kira 100 bilion tahun atau lebih hingga semua cahaya bintang tidak lagi dihasilkan," katanya.

Sudah diketahui sejak akhir tahun 1990-an lagi, alam semesta pudar sedikit demi sedikit, bagaimanapun kajian terbaru itu menunjukkan ia berlaku pada semua ukuran gelombang. Saintis menggunakan tujuh teleskop paling berkuasa di dunia untuk memantau alam semesta dan membuat pelbagai jenis pemetaan output tenaga, dari infra merah hinggalah ultra ungu.

Pemerhatian awal dilakukan menggunakan Teleskop Anglo-Australian di New South Wales, Australia dan dua teleskop angkasa lepas yang dikendalikan Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) serta satu lagi kepunyaan Agensi Angkasa Eropah (ESA) bagi menyokong pemerhatian. Driver membentangkan hasil kajian itu dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Kesatuan Astronomi Antarabangsa di Honolulu baru-baru ini. - AGENSI
loading...
loading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments