Header Ads

Khalwat: Pendakwah Terkenal, Ustaz Sharhan Kena Waran Tangkap

loading...

Khalwat: Pendakwah Terkenal, Ustaz Sharhan Kena Waran Tangkap : Penceramah bebas, Sharhan Shafie dikenakan waran tangkap setelah gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini bagi menghadapi tuduhan berkhalwat dengan dua beradik, dua tahun lalu.

Khalwat: Pendakwah Terkenal, Ustaz Sharhan Kena Waran Tangkap
Khalwat: Pendakwah Terkenal, Ustaz Sharhan Kena Waran Tangkap
Hakim Syarie, Mohd. Amran Mat Zin turut memerintahkan waran tangkap terhadap pasangannya, Umi Masjuri Hassan, 40, dan penjamin mereka, Mohd. Zainu­ddin Abdul Ya­min, 45, yang juga gagal hadir pada prosiding bagi sebutan per­tama kes itu.

Mohd. Amran mengeluarkan perintah tersebut setelah membenarkan permohonan Pendakwa Syarie daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Zainor Rashid Hassin yang memberitahu mahkamah, pihaknya telah menghubungi kedua-dua tertuduh untuk mengingatkan mereka tentang tarikh sebutan hari ini.

“Sikap kedua-dua tertuduh amat mendukacitakan kami, malah tertuduh ketiga, Masbellinda yang hadir di mahkamah hari ini juga tidak mengetahui di mana kedua-dua tertuduh berkenaan,” ujarnya.

Pada prosiding tersebut, Masbellinda, 21, yang merupakan adik Umi Masjuri mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dengan Sharhan, 39, di sebuah apartmen di Taman Keramat Wangsa di sini pada pukul 2.55 pagi, 24 Ogos 2013.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, Mohd. Amran tidak merekodkan pengakuan itu setelah memaklumkan bahawa beliau menarik diri daripada mendengar kes tersebut.

Ini kerana, katanya, beliau merupakan hakim yang mendengar kes pengesahan perkahwinan antara Sharhan dan Umi Masjuri yang berlangsung semalam.

“Adalah wajar kes ini didengar di hadapan hakim lain supaya tidak timbul prejudis terhadap pihak-pihak yang terlibat malah tarikh kejadian dan pertuduhan ada kaitan dengan kes semalam yang mungkin akan menimbulkan subjudis (kacau ganggu kes yang belum diselesaikan) kepada kes,’’ ujar beliau.

Namun begitu, beliau membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang turut diwakili Pendakwa Syarie, Mohd. Ihsan Mohamad Daud agar Masbellinda diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Beliau turut menetapkan 26 November ini untuk sebutan semula kes. Sharhan atau dikenali sebagai Ustaz Sharhan merupakan penceramah bebas yang terkenal melalui rawatan kaedah Islam dan sering dijemput untuk memberi ceramah di program popular Tanyalah Ustaz di stesen TV9.- UTUSAN ONLINE

sumber
http://ift.tt/1EmNv9b
loading...

No comments

Powered by Blogger.