Foto Bercoli: ‘Jangan Nilai Luaran, Yang Penting Hati’ – Tasha Shilla

Foto Bercoli: ‘Jangan Nilai Luaran, Yang Penting Hati’ – Tasha Shilla

LEPAS satu kontroversi, muncul lagi satu. Itulah situasi yang terpaksa ditelan anak seni bernama Tasha Shilla.

Foto Bercoli: ‘Jangan Nilai Luaran, Yang Penting Hati’ – Tasha Shilla
Foto Bercoli: ‘Jangan Nilai Luaran, Yang Penting Hati’ – Tasha Shilla
Baru saja reda kisah percintaan yang terputus di tengah jalan antaranya bersama bekas kekasih yang juga peninju muai thai, Hans Wong, kini episod terbaru muncul apabila ramai mula mengkritik penampilan Tasha dalam sampul majalah Cosmopolitan edisi September.

Mana taknya, Tasha telah bertindak mengenakan pakaian yang agak mencolok mata iaitu bercoli sehingga mengundang perhatian serta kritikan ramai.

Melihat dari kulit majalan berkenaan, Tasha memakai pakaian dalam berwarna hitam dan hanya dilapisi baju kain jarang, lantas menampakkan sosok tubuhnya.

Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataannya susulan reaksi negatif orang ramai, Tasha meminta supaya apa yang ditampilkan melalui fizikal tidak harus dinilai kerana yang lebih penting adalah hati yang baik.

“Don’t judge a book by it’s cover (Jangan menilai sesebuah buku itu melalui muka depannya). Yang penting hati. What’s inside that counts (Hati itu lebih penting).

“Saya harap orang ramai bersikap lebih terbuka tentang perkara ini. Jangan lupa dapatkan majalah itu ya,” katanya memetik laporan MStar.


Melalui ruangan Instagram peribadinya pula, Tasha turut meminta agar pihak yang tidak berpuas hati agar berdiam diri dan tidak memberi pendapat yang negatif kerana dia cuma menjadi diri sendiri.

“If you have nothing nice to say, say nothing at all. Im being myself. If you cannot be positive, than at least be quite.”

Kalau difikir-fikirkan balik, memang Tasha Shilla ada hak untuk berbuat apa sahaja terhadap penampilannya. Tapi pastinya, dia juga tak mampu untuk menghentikan cakap-cakap pihak luar berkenaan cara pemakaian mahupun tingkah lakunya.

Takkan lah Tasha tak ambil iktibar dari kritikan terhadap Diana Danielle dan Nabila Huda tak lama dulu, kan? – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post