Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dijangka sesak sehingga Selasa

Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dijangka sesak sehingga Selasa

Kuala Lumpur: Keadaan lalu lintas di beberapa lebuh raya utama negara termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dijangka sesak untuk perjalanan hari ini sehingga Selasa.

Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dijangka sesak sehingga Selasa
Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dijangka sesak sehingga Selasa
Ia berikutan kebanyakan pengguna akan mula pulang ke ibu kota selepas cuti perayaan Aidilfitri pada Jumaat lalu.

Tinjauan Metro Ahad di beberapa lebuh raya utama semalam mendapati keadaan trafik masih lancar membabitkan Plaza Tol Jalan Duta dan Lebuhraya Sungai Besi.

Bagaimanapun, keadaan trafik di Plaza Tol Gombak sesak sepanjang satu kilometer menghala ke Pantai Timur, namun keadaan lalu lintas lancar selepas plaza tol berkenaan.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan bahawa keadaan trafik akan meningkat bermula hari ini sehingga Selasa iaitu sebelum sesi persekolahan dibuka semula.

“Kita sudah menjangkakan keadaan ini dan ia juga adalah ‘trend’ trafik saban tahun terutamanya selepas cuti Aidilfitri.

“Waktu puncak bagi perjalanan ke ibu kota bermula hari ini kerana ada segelintir warga kota yang mula bekerja Isnin (esok). Kita sudah membuat persiapan untuk segala kemungkinan,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, di sini, semalam.

Menurutnya, LLM menasihatkan pengguna supaya mengikuti jadual perjalanan yang dicadangkan untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di talian 1800-88-0000 manakala laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM boleh dihubungi di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post