Kebakaran Menara Bukit Aman: Hanya dokumen tidak penting yang terbakar – KPN

Kebakaran Menara Bukit Aman: Hanya dokumen tidak penting yang terbakar – KPN

Hanya dokumen tidak penting yang terbakar di koridor tingkat 10 Menara 2 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, 7.20 petang tadi.

Kebakaran Menara Bukit Aman: Hanya dokumen tidak penting yang terbakar – KPN
Kebakaran Menara Bukit Aman: Hanya dokumen tidak penting yang terbakar – KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitternya memaklumkan bahagian pejabat di tingkat itu, selamat.

“Hanya dokumen tidak penting di koridor tingkat 10 yang terbakar. Bahagian pejabat selamat. Tingkat 10 adalah pejabat tadbir Jabatan Siasatan Jenayah.



“Hentikan khabar angin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim menerusi Twitternya turut mengesahkan bahagian pejabat di tingkat berkenaan tidak terjejas.

Beliau turut berkongsi Twitter JBPM yang memaklumkan kebakaran hanya membabitkan kertas dan buku lama di koridor tingkat berkenaan.

Sumber : Metro





Post a Comment

Previous Post Next Post