Jika Digugurkan Kerana 1MDB, Saya Redha - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Jika Digugurkan Kerana 1MDB, Saya Redha - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri beberapa jam lalu, Tan Sri Muhyddin Yassin petang ini akhirnya membuka mulut.

'Jika Digugurkan Kerana 1MDB, Saya Redha’ - Tan Sri Muhyiddin Yassin
'Jika Digugurkan Kerana 1MDB, Saya Redha’ - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Dalam kenyataannya, beliau menegaskan mempunyai pendirian sendiri dalam isu 1MDB untuk mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

“Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya reda,” katanya.

Kecuali dalam isu 1MDB, beliau juga menegaskan selama berkhidmat, beliau sentiasa mendukung semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan perdana menteri.

Gambar terkini Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib hari ini mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menggantikan Muhyiddin

Selain Muhyiddin, empat orang menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan dari kabinet.

Najib berkata keputusan menggantikan Muhyiddin keputusan amat sukar, tetapi terpaksa dilakukan agar kabinet dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

Pengguguran Muhyiddin itu dikaitkan banyak pihak, termasuk pemerhati politik, dengan kelantangannya mengulas isu sekitar syarikat pelaburan negara kontroversi 1MDB. - Bberitaonline

Post a Comment

Previous Post Next Post