Geografi PT3 2015: Cadangan Usaha Untuk Meningkatkan Pendapatan Penduduk

Geografi PT3 2015: Cadangan Usaha Untuk Meningkatkan Pendapatan Penduduk

Cadangan Usaha Untuk Meningkatkan Pendapatan Penduduk Geografi PT3 2015. Calon PT3 Geografi 2015 dikehendaki memenuhi kajian lapangan dengan mencadangkan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian.

Geografi PT3 2015 Cadangan Usaha Untuk Meningkatkan Pendapatan Penduduk
Geografi PT3 2015 Cadangan Usaha Untuk Meningkatkan Pendapatan Penduduk
Beberapa cadangan kegiatan ekonomi boleh dijalankan seperti di bawah.
Cadangan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut. Menghuraikan tiga atau lebih cadangan relevan dan tepat

Cadangan jawapan untuk lain-lain kajian lapangan boleh dirujuk seperti berikut:




Contoh Skema Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk Di Felda Jengka Pahang

Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di sekitar kawasan kajian di Felda Jengka Pahang. Antaranya adalah menyarankan penduduk menyertai program keusahawanan atau perniagaan, menjana pendapatan secara atas talian atau online, melabur dalam Amanah Saham Berhad (ABS) dan mempelbagaikan jenis tanaman selain kelapa sawit di Felda Jengka Pahang.

Penyertaan penduduk dalam program keusahawanan boleh meningkatkan pendapatan keluarga (1 Markah). Contohnya dengan membuka gerai atau kedai runcit secara kecil-kecilan (1 Markah). Ini kerana Kedai Runcit adalah lebih relavan untuk dibuka memandangkan penempatan ini berada jauh daripada kawasan bandar (1 Markah). Selain itu, penduduk boleh juga membuka gerai jualan makanan atau minuman secara kecil-kecilan. Bagi masyarakat penduduk Felda Jengka, ada antaranya pekerja bujang malas untuk memasak. Jadi gerai atau warung makanan dan minuman seperti ini dapat menjadi destinasi pilihan golongan tersebut (1 Markah). Selain itu, bagi penduduk yang berkemahiran tinggi seperti berkeupayaan membaiki kereta dan motor, membuka bengkel juga boleh meningkatkan atau menjana pendapatan sampingan (1 Markah).

Selain itu, penduduk di kawasan kajian juga boleh menjana pendapatan sampingan secara atas talian (Online) (1 Markah). Seiring dengan kecanggihan teknologi maklumat, laman sosial kini menjadi tumpuan semua golongan tanpa mengira muda mahupun yang tua (1 Markah). Boleh dilihat penduduk sekitar Felda Jengka Pahang lebih banyak meluangkan masa dengan telefon pintar untuk mengakses laman sosial. Untuk info, laman sosial seperti Facebook, Instragram mahupun applikasi Whatsapp boleh dijadikan platform untuk penduduk berniaga secara atas talian dan mendapatkan pelanggan (1 Markah). Contohnya dengan membuka kedai e-Shop menerusi blogspot atau di instagram untuk menjual pelbagai jenis barangan atau perkhidmatan seperti tudung atau baju kurung (1 Markah). Disamping itu, penduduk juga boleh menggunakan sepenuhnya manfaat applikasi laman sosial Whatsapp sebagai hubungan untuk berkomunikasi secara interaktif ketika menjalankan perniagaan (1 Markah).

Membuat pelaburan dalam Amanah Saham Berhad juga boleh meningkatan pendapatan penduduk (1 Markah). Dengan pelaburan juga, dapat membina aset untuk pendapatan pada jangka masa panjang (1 Markah). Penduduk juga boleh menyimpan duit ke dalam ASB atau membuat pinjaman menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) (1 Markah) Dengan pelaburan tersebut, penduduk juga boleh mendapat pulangan pada setiap tahun dalam bentuk dividen (1 Markah). Selain daripada ASB, terdapat pelbagai bentuk pelaburan yang boleh disertai antaranya adalah saham Felda Global Venture (FGV), Tabung Haji dan sewaktu dengannya (1 Markah).

Mempelbagaikan jenis tanaman juga adalah penting bagi penduduk di sekitar Felda Jengka Pahang (1 Markah). Seperti sedia maklum, semua peneroka FELDA diberikan tanah secara percuma oleh kerajaan Malaysia untuk penduduk menanam hasil kelapa sawit (1 Markah). Selain daripada Kelapa Sawit, penduduk juga boleh mengambil inisiatif atau peluang untuk menanam tanaman selain daripada kelapa sawit (1 Markah). Contohnya adalah seperti sayuran, buah-buahan dan sebagainya (1 Markah). Selain daripada menunggu hasil daripada Kelapa Sawit, penduduk juga boleh menjual sayuran yang ditanam untuk menjana pendapatan sampingan (1 Markah).

Jumlah Markah: 20 Markah

SUMBER - Melvister

Post a Comment

Previous Post Next Post