Allah Lebih Mengetahui Segala-Galanya – Najwa Mahiaddin

Allah Lebih Mengetahui Segala-Galanya – Najwa Mahiaddin

”Allah knows best (Allah lebih mengetahui segala-segalanya).

Itulah kata-kata yang diluahkan oleh Najwa Mahiaddin iaitu anak perempuan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas ayahnya digugurkan daripada kabinet hari ini.


Allah Lebih Mengetahui Segala-Galanya – Najwa Mahiaddin
Allah Lebih Mengetahui Segala-Galanya – Najwa Mahiaddin
Luahan hati Najwa itu mendapat perhatian ramai apabila dalam tempoh sejam, statusnya itu dikongsi lebih 2,000 netizen.

BACA : Jika Digugurkan Kerana 1MDB Saya Redha

Najwa turut menyatakan bahawa dia menerima keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan.

“Tak apa, ini semua qada dan qadar,” katanya menjawab komen salah seorang pengikut Twitternya.

Muhyiddin hari ini digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan dalam rombakan kabinet yang diumumkan Najib.

Jawatan Timbalan Perdana Menteri kini disandang oleb Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yan turut mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri. - BBeritaOnline

Post a Comment

Previous Post Next Post