Ujian Ramadan… Jumpa Hampir RM5,000 Dalam Tandas

Ujian Ramadan… Jumpa Hampir RM5,000 Dalam Tandas

ALHAMDULILLAH… Masih wujud lagi insan yang berhati mulia dan jujur dalam masyarakat kita hari ini.

Ujian Ramadan… Jumpa Hampir RM5,000 Dalam Tandas
Ujian Ramadan… Jumpa Hampir RM5,000 Dalam Tandas
Kisah ini mungkin nampak perkara kecil, namun bagi kami ia wajar dijadikan tauladan kepada orang ramai agar mencontohi sikap amanah gadis ini.

Cerita gadis yang menggunakan nama akaun Facebook, Zaty Sody tentang ujian semasa bulan Ramadan yang ditempuhi ini membuatkan kami kagum dengan pendiriannya.

Walaupun disajikan di depan mata dengan wang tunai hampir RM5,000, Zaty nyata mampu menahan hasutan syaitan.


Ikuti kisah ujian bulan puasa Zaty;

Hari ini 25/6/2015, lebih kurang jam 11.30 malam. Aku baru lepas jumpa kawan-kawan, dalam perjalanan balik rumah aku singgah buang air kat Petron Batu Burok, Kuala Terengganu. Aku seorang diri.

Dah kalut masuk toilet tak perasan pulak ada ‘something’ kat sinki, nak keluar baru perasan ada dompet biru ni.



Ya Allah ujian ke dugaan ni? monolog sorang kejap. Teringat pesan mak, jangan ambil harta orang, esok-esok tak tahu Tuhan ambil macam mana milik kita. Memang amal ibadat aku kurang, aku tak alim, aku tak fasih agama tapi aku takut kalau satu hari nanti Tuhan ambil milik aku. Milik aku tak semestinya duit/harta sahaja, boleh jadi apa sahaja.

Aku gali-gali dalam beg cari no. telefon mula-mula tak jumpa, jumpa buku akaun Tabung Haji je, owner baru keluarkan duit RM4.5k hari ni. Blur kejap tak tahu nak bertindak macam mana.

Telefon mak. Mak suruh cari resit-resit mana tahu jumpa no. telefon. Alhamdulillah jumpa resit bil telefon. Terus call owner, tunggu dia datang ambil. Lega

Mak cakap ni memang ujian untuk aku. Tahun lepas aku pernah jumpa cincin emas dalam toilet Shell Pulau Kambing. Tapi aku tinggal je sebab tak tahu nak serah kat siapa. Biarlah owner dia datang cari sendiri.

Lawan nafsu diri sendiri adalah lebih menakutkan. Sumpah.

– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post