Ucapan 'Biadap' Guru, 'Tak Ada Air, Minum Air Kencing Sendiri!' Jadi Viral Di Laman Sosial

Ucapan 'Biadap' Guru, 'Tak Ada Air, Minum Air Kencing Sendiri!' Jadi Viral Di Laman Sosial

KEDAH - Surat aduan seorang waris murid Sekolah Rendah Kebangsaan Ibrahim tersebar di laman sosial berikutan kenyataan biadab seorang guru sekolah berkenaan.

Ucapan 'Biadap' Guru, 'Tak Ada Air, Minum Air Kencing Sendiri!' Jadi Viral Di Laman Sosial
Ucapan 'Biadap' Guru, 'Tak Ada Air, Minum Air Kencing Sendiri!' Jadi Viral Di Laman Sosial
Difahamkan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid memberikanya ucapan yang biadab terhadap murid bukan Islam di mana mereka dilarang minum air di dalam kelas, tetapi minum air di tandas sekolah.

"Murid-murid yang bukan Islam diingatkan supaya tidak minum air dalam kelas tetapi minum air di tandas sekolah.

"Sekiranya tidak mempunyai air, maka boleh minum air paip atau air kencing sendiri," katanya.

Susulan itu, salah seorang pelajar bukan Islam membuat aduan kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, pada hari yang sama.



Pengadu berkata, ucapan yang disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid itu tidak beradab dan tidak sopan serta menimbulkan sentimen perkauman dalam kalangan pelajar dan masyarakat bukan Islam.

"Jelas dia sebagai seorang guru tidak menghormati perasaan pelajar-pelajar, guru-guru dan waris-waris bukan Islam.

"Dia sepatutnya menjadi idola dan teladan kepada murid tetapi gagal memberikan contoh yang terbaik. Perkara ini boleh mengakibatkan wujudnya isu perkauman di kalangan murid-murid di sekolah," katanya dalam surat berkenaan. - THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment

Previous Post Next Post