‘Tolong’ Balas Mesej Di Handphone Kekasih Lepas Membunuh

‘Tolong’ Balas Mesej Di Handphone Kekasih Lepas Membunuh

KEJAM.. seorang lelaki dari Korea Selatan telah menyamar menjadi teman wanitanya selama dua minggu selepas membunuh wanita itu kerana berang selepas mangsa mahu putuskan hubungan mereka.

‘Tolong’ Balas Mesej Di Handphone Kekasih Lepas Membunuh
‘Tolong’ Balas Mesej Di Handphone Kekasih Lepas Membunuh
Lelaki yang dikenali sebagai Lee, 24, membuat pengakuan bahawa dirinya telah membunuh teman wanitanya, Sunny Kim, 26 sebelum cuba membunuh diri.



“Saya telah bunuh teman wanita saya. Saya juga cuba membunuh diri saya,” lapornya kepada pihak polis.

Dia didapati menyembunyikan mayat Sunny dan menyamar dengan membalas semua mesej melalui telefon bimbit wanita malang itu.



“Cara dia membalas mesej sama seperti Sunny respon kepada saya,” kata kakak kepada Sunny.

“Kami rasa dia telah mengkaji cara Sunny mesej sebelum menyamar. Ianya agak mengejutkan kerana bagaimana dia boleh sembunyikan perkara sebegitu,” tambahnya.

Mayat Sunny telah ditemui di dalam sebuah beg pakaian yang telah dikebumikan dalam simen di sebuah kawasan bukit berhampiran dengan rumahnya.

– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post