Samseng Jalanan, Tarik Rambut & Hentak Muka Orang Tua

Samseng Jalanan, Tarik Rambut & Hentak Muka Orang Tua

PETALING JAYA - Video seorang pemandu lelaki mengasari pemandu warga emas di USJ 1, belakang Summit USJ, tersebar di laman Facebook sejak malam tadi.

Samseng Jalanan, Tarik Rambut & Hentak Muka Orang Tua
Samseng Jalanan, Tarik Rambut & Hentak Muka Orang Tua
Video berdurasi 3 minit 56 saat itu berjaya dirakam oleh videocam seorang pemandu yang kebetulan melalui jalan yang sama.


Samseng Jalanan, Tarik Rambut & Hentak Muka Orang Tua
Posted by Bulletin Media on Sunday, June 28, 2015
Pemandu Nissan Sentra ST5199F itu dilihat tidak berpuas hati dengan pemandu warga emas yang memandu kereta Ford Laser WBF9352,

Kejadian itu dipercayai berpunca dari mangsa yang tidak menyedari kereta Nissan di sebelah kiri hendak memotong keretanya. Justeru lelaki itu menganggap mangsa sengaja tidak mahu memberikannya ruang untuk memotong.

Berang dengan tindakan mangsa, lelaki itu mula bertikam lidah dengan mangsa.

Sebaik kereta mangsa berhenti untuk beratur mengambil giliran membuat pusingan U, lelaki itu keluar dari kereta dan bertikam lidah dengan mangsa sekali lagi. Berang dengan  lelaki tua itu, dia terus meluru ke arah mangsa dan menarik rambutnya sebelum kembali buat kali kedua menolak muka mangsa.

Bagaimanapun, seorang lelaki berbaju merah yang menyaksikan kejadian itu segera membantu mangsa dan menahan pemandu Nissan itu dari terus bertindak ganas.

Malangnya, tindakan lelaki baju merah itu pula mengundang rasa tidak puas hati isteri dan anak kepada pemandu Nissan berkenaan.

Namun, antara babak yang paling menarik sekali ialah:



Pengguna jalan raya dinasihatkan tidak bertindak melulu dan memandulah dengan berhemah. Tiada gunanya bergaduh hanya kerana sebatang jalan atau hanya kerana ingin cepat. Pandu cermat, jiwa selamat. - THEHYPEMEDIA.COM

Post a Comment

Previous Post Next Post