Video : Perampas Cuba Lari, Belayar Ke Pulau Natuna, Indonesia

Video : Perampas Cuba Lari, Belayar Ke Pulau Natuna, Indonesia

KUALA LUMPUR – Kapal tangki MT Orkim Harmony dilaporkan beralih arah belayar ke timur Indonesia menuju ke Kepulauan Natuna dalam cubaan sekumpulan perampas bersenjata yang menawan kapal itu, untuk melepaskan diri.

Video : Perampas Cuba Lari, Belayar Ke Pulau Natuna, Indonesia
Video : Perampas Cuba Lari, Belayar Ke Pulau Natuna, Indonesia
Panglima Wilayah Laut 1, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Azahari Abdul Rashid, berkata kumpulan perampas terbabit juga meminta pihak penguat kuasa menyediakan bot ketika mereka sampai di Pulau Natuna.

“Proses rundingan masih berjalan, ..apabila sampai di Pulau Natuna, mereka (perampas kapal) minta disediakan sebuah bot untuk mereka melepaskan diri, sementara pihak TLDM masih mengiringi kapal tangki itu ke sana.

“Kapal itu dijangka sampai ke pulau berkenaan pada Sabtu pagi dan TLDM juga telah memaklumkan kepada pihak penguat kuasa Maritim Indonesia mengenai perkara itu,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Pada masa ini, KD Terengganu masih meneruskan rundingan dengan perompak supaya mereka menyerah diri. TLDM masih menunggu arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha menyelamatkan anak kapal terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar, yang kini dalam tawanan sekurang-kurangnya lapan perampas bersenjatakan pistol dan parang.

Kapal tangki milik Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta itu, dilaporkan hilang sejak Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Kapal itu yang disahkan ditemui semalam oleh pihak berkuasa, telah dicat semula dan ditukar nama kepada ‘Kim Harmon’.

Azahari berkata hingga kini, sebanyak 16 buah kapal dan empat pesawat berserta 1,200 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi itu. – BERNAMA

Post a Comment

Previous Post Next Post