Terpaksa melalui proses pembelajaran tanpa rakan wanita, demi cita-cita mahu jadi mekanik

Terpaksa melalui proses pembelajaran tanpa rakan wanita, demi cita-cita mahu jadi mekanik

Pelajar Nurmaizatulhana Mohd Ramli terpaksa melalui proses pembelajaran tanpa rakan-rakan perempuan berikutan dia merupakan satu-satunya pelajar wanita yang mengikuti kursus mekanik di sebuah kolej di sini.

Terpaksa melalui proses pembelajaran tanpa rakan wanita, demi cita-cita mahu jadi mekanik
Terpaksa melalui proses pembelajaran tanpa rakan wanita, demi cita-cita mahu jadi mekanik 
“Saya harap lebih ramai pelajar perempuan menyertai program latihan ini memandangkan kerajaan akan meningkatkan bajet untuk latihan kemahiran,” kata pelajar berusia 17 tahun yang menuntut di kursus automasi di kolej WIT.

Di bawah Rancangan Malaysia ke-11, kerajaan menyasarkan untuk memberi tumpuan kepada bidang pendidikan teknikal, vokasional dan latihan bagi melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan industri.

Nurmaizatulhana, yang berasal dari Kampung Delek, dekat sini, berkata beliau memutuskan untuk belajar menjadi seorang mekanik selepas tamat PMR (Penilaian Menengah Rendah) dua tahun lalu.

“Saya tidak suka belajar di sekolah dan mahu benar-benar mencabar diri dengan menceburi bidang yang dikuasai lelaki.

“Saya akan bekerja untuk beberapa tahun selepas itu untuk menimba pengalaman sebelum memulakan bengkel saya sendiri,” katanya.

Nurmaizatulhana bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani program latihan.

“Saya kini boleh melihat masa depan yang cerah. Jika sebelum ini dengan kelulusan PMR, saya hanya boleh mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang rendah, “katanya.

Pengerusi Kolej WIT Tan Sri Zainal Rampak berkata latihan kemahiran boleh menukar kehidupan belia.

“Dua tahun di sebuah kolej latihan kemahiran selepas PMR atau SPM, yang berusia 19 tahun boleh mendapat gaji pokok permulaan antara RM1,200 dan RM1,800.

“Dengan lebih masa, gaji bulanannya adalah antara RM2,300 dan RM2,500,” kata Zainal.

Beliau juga berharap kerajaan akan meningkatkan bajet untuk latihan kemahiran.

“Kita akan melatih belia dari kawasan luar bandar dan membantu mereka mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan memenuhi keperluan negara bagi pekerja mahir,” katanya. – mStar Online

Post a Comment

Previous Post Next Post