Peroleh RM1.689 bilion hasil GST import, bagi tempoh 10 hari

Peroleh RM1.689 bilion hasil GST import, bagi tempoh 10 hari

Kuala Lumpur: Sebanyak RM1.689 bilion hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) barangan import diperoleh bagi tempoh 1 hingga 10 Mei lalu.

Peroleh RM1.689 bilion hasil GST import, bagi tempoh 10 hari
Peroleh RM1.689 bilion hasil GST import, bagi tempoh 10 hari
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata, data berkenaan diketahui awal berikutan bayaran dibuat sebelum barang import dilepaskan daripada kawalan Jabatan Kastam sama ada di lapangan terbang, sempadan dan pelabuhan.

Bagaimanapun katanya, kerajaan belum dapat mendedahkan anggaran jumlah pendapatan terkini untuk tempoh sebulan 19 hari daripada pelaksanaan GST pada 1 April lalu.

“Ini kerana tempoh bercukai bulanan bagi perniagaan yang mempunyai pendapatan melebihi RM5 juta, mereka perlu menghantar penyata GST sebelum atau pada hari terakhir bulan berikutnya.

“Contohnya bagi April, penyata GST perlu dihantar pada mana-mana tarikh antara 1 Mei dan 31 Mei dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dapat menentukan jumlah pendapatan GST pada 1 Jun,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Terdahulu, Ahli Parlimen Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) dalam soalannya meminta Kementerian Kewangan menyatakan jumlah hasil terkini diperoleh kerajaan daripada pelaksanaan GST.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, bagi perniagaan yang berpendapatan kurang RM5 juta, penyata pendapatan hasil GST bagi tiga bulan perlu dihantar pada hari terakhir bulan berikutnya.

“Segala transaksi adalah dibuat secara atas talian dan pembayaran melalui cek atau atas talian. Selepas itu barulah kastam akan mengetahui dengan tepat jumlah kutipan berkenaan,” katanya. - Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post