Kecewa teguk minyak pelincir selepas isteri enggan pulang kepangkuan

Kecewa teguk minyak pelincir selepas isteri enggan pulang kepangkuan

Kota Marudu: Kecewa selepas isterinya enggan pulang semula ke pangkuannya, seorang lelaki warga emas nekad membunuh diri dengan meneguk minyak pelincir dalam kejadian di belakang kantin sekolah di Kota Marudu, 8.10 pagi tadi.

Kecewa teguk minyak pelincir selepas isteri enggan pulang kepangkuan
Kecewa teguk minyak pelincir selepas isteri enggan pulang kepangkuan
Akibat tindakan lelaki beusia 60 tahun, dia jatuh pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Kota Marudu menggunakan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kota Marudu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Isa Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek berkenaan kini stabil dan boleh bergerak.

"Siasatan mendapati punca kejadian dipercayai kerana suspek kecewa selepas isterinya enggan pulang ke pangkuannya semula walaupun sudah dipujuk.

"Pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek mempunyai rekod mental dan memang mendapat rawatan sebagai pesakit mental," katanya.

Menurutnya, kes ini tidak dibuka kertas siasatan tetapi suspek akan dirujuk kepada pihak Hospital Bukit Padang untuk rawatan mental selanjutnya.

Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post