Budak perempuan berusia 4 tahun nyaris menjadi mangsa r0g0l

Budak perempuan berusia 4 tahun nyaris menjadi mangsa r0g0l

SIBU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun nyaris menjadi mangsa r0g0l seorang lelaki di belakang lorong rumah kedai di Sibu Jaya, malam Ahad lalu.

Budak perempuan berusia 4 tahun nyaris menjadi mangsa r0g0l
Budak perempuan berusia 4 tahun nyaris menjadi mangsa r0g0l
Mangsa dikatakan sering mengikut ibunya yang bekerja sebagai pembantu sebuah kedai kopi berhampiran.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, seorang saksi ternampak seorang lelaki berada dalam keadaan separuh b0gel bersama dengan mangsa tanpa seurat benang.

Saksi terus memaklumkan kepada ibu mangsa dan bergegas ke lorong belakang rumah kedai.

Suspek yang menyedari kehadiran ibu mangsa segera melarikan diri tanpa sempat memakai seluarnya.

Ibu mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Sibu Jaya sebelum menghantar anaknya menjalani pemeriksaan di Hospital Sibu.

Hasil pemeriksaan doktor mendapat tiada kesan koyak di kemaluan mangsa,

Difahamkan, suspek telah berjaya ditahan oleh polis. Siasatan mendapati suspek bekerja sebagai pembantu kedai kopi berhampiran dengan lokasi kejadian.

Suspek berusia 44 tahun itu ditahan di kedai kopi berkenaan pada jam 9.15 malam pada hari yang sama.

Suspek kini ditahan reman selama 7 hari mulai Isnin lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 kerana mencabul kehormatan.

My Media Hub

Post a Comment

Previous Post Next Post