Video: Pelajar Perempuan Nyanyi Lagu 'ABCD GST' Dikecam, Pasti Anda Terkejut..

Video: Pelajar Perempuan Nyanyi Lagu 'ABCD GST' Dikecam, Pasti Anda Terkejut..

Video seorang murid perempuan yang menyanyikan lagu GST dengan lirik yang berbentuk sindiran tersebar di media, menerima jumlah Likes dan Shares yang banyak di laman Facebook.

Video: Pelajar Perempuan Nyanyi Lagu 'ABCD GST' Dikecam, Pasti Anda Terkejut..
Video: Pelajar Perempuan Nyanyi Lagu 'ABCD GST' Dikecam, Pasti Anda Terkejut.. 
Kanak-kanak yang lengkap berpakaian seragam sekolah dirakam di tempat duduk sebelah pemandu sambil menyanyikan lagu GST berdurasi satu minit, jelas sekali mengutuk/menyindir perlaksanaan GST dan pemimpin yang berkaitan.

Di penghujung video, kanak-kanak terbabit menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penipu kerana pelaksanaan GST telah menyebabkan hampir kesemua harga barangan naik.

Lagu yang dinyanyikan itu menggunakan irama lagu popular kanak-kanak, 'Baa Baa Black Sheep'.


Video: Pelajar perempuan nyanyi Lagu 'ABCD GST' Dikecam, Pasti Anda turut terkejut..
Posted by Bulletin Media on Wednesday, April 15, 2015

“ABCD, GST harga semua naik tinggi. Gaji pun tak naik lagi, kena makan maggi mee. ABCDGST, Najib tipu rakyat lagi”.

Ekoran dari itu, ramai yang mengkritik tindakan ibu bapa murid terbabit yang dilihat mengekspoitasikan anak mereka dengan dunia politik.

"Berani betul ibu bapa budak ini, tak kena POTA ke dia nanti? Kesian betul, tak fikir langsung masa depan anak," kata netizen yang kesal dengan tindakan penjaganya yang tidak bertanggungjawab.

"Kesian tengok budak ni. Sudahlah menuntut ilmu di sekolah kerajaan, dihinanya pula kerajaan. Kepada adik yang malang ini, kalau dah dewasa nanti, jangan contohi sikap mak ayah kamu yang jelas sekali bengap dalam soal mendidik anak-anak," kata Laily yang juga pengguna Facebook.



"Tahniah mak bapak yg sanggup bt anak2 macam nih..kalau lepas nih dia maki hamun mak bapak jangan lupa sapa yang ajar..ok..dah paham kenapa ramai anak murid kurang ajar sekarang..mak bapak ajar kurang ajar pada yg tak suka..." keluh Shaher AG di laman Facebook popular, Sukan Star

Post a Comment

Previous Post Next Post