Video: Kepala Budak 3 Tahun Tersangkut Di Ampaian

Video: Kepala Budak 3 Tahun Tersangkut Di Ampaian

SINGAPURA - Kepala seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun tersangkut di celahan besi ampaian baju berjaya diselamatkan oleh seorang pekerja asing, kelmarin.

Video: Kepala Budak 3 Tahun Tersangkut Di Ampaian
Video: Kepala Budak 3 Tahun Tersangkut Di Ampaian
Dalam kejadian yang berlaku di sebuah bangunan di Jurong East Street 32 itu, Shanmuganathan segera bertindak memanjat tingkat dua bangunan berkenaan untuk menyelamatkan kepala si kecil yang tersangkut di celahan besi ampaian.

Difahamkan sebelum menyedari itu, para pekerja asing yang sedang membaiki jalan raya berhampiran terdengar suara tangisan kanak-kanak terbabit.



Berdasarkan perbualan dalam video berkenaan, kanak-kanak malang itu hanya keseorangan di rumah tanpa ditemani ibu bapanya. Mangsa hanya mampu memanggil ibunya sambil menangis meminta dikeluarkan segera dari celahan besi ampaian itu.

Shanmuganathan yang berasal dari Chennai, India itu, hanya tersenyum sipu apabila ibu kepada kanak-kanak terbabit mengucapkan terima kasih kepadanya.

Video tindakan pantas Shanmuganathan menyelamatkan kanak-kanak itu kini menjadi viral di laman sosial. Beliau kini digelar sebagai hero di atas tindakannya itu.


Video: Kepala Budak 3 Tahun Tersangkut Di Ampaian
Posted by Bulletin Media on Friday, April 24, 2015

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 1.10 petang Khamis. Bagaimanapun, kanak-kanak itu telah berjaya diselamatkan sejurus pihak bomba tiba di tempat kejadian.

Kedua-dua pekerja asing yang terlibat dalam usaha menyelamatkan kanak-kanak terbabit menerima Anugerah Semangat Awam SCDF pada hari ini, menurut jurucakap SCDF.

My Media Hub

Post a Comment

Previous Post Next Post