Video Dua Gadis Berebut Teman Lelaki Tersebar Di Laman Facebook

Video Dua Gadis Berebut Teman Lelaki Tersebar Di Laman Facebook

Video dua gadis muda berebut seorang lelaki tersebar di laman Facebook.Berdasarkan rakaman video amatur itu, kedua-dua gadis itu difahamkan meminta lelaki itu memilih di antara mereka berdua, jelas sekali mereka tidak ingin berkongsi lelaki yang dicintai.

Video Dua Gadis Berebut Teman Lelaki Tersebar Di Laman Facebook
Video Dua Gadis Berebut Teman Lelaki Tersebar Di Laman Facebook
Difahamkan, lelaki itu sedang berdating dengan gadis berbaju merah jambu sebelum didatangi oleh gadis berbaju hitam yang juga kekasih kepada lelaki itu.

Pada mulanya, lelaki itu cuba mengelak dari membuat keputusan. Bagaimanapun, setelah diprovok oleh kedua-dua gadis berkenaan, akhirnya lelaki itu mula memarahi gadis berbaju hitam itu dan dilihat seakan-akan memilih gadis berbaju merah jambu.


Video dua gadis muda berebut seorang lelaki tersebar di laman Facebook.Berdasarkan rakaman video amatur itu, kedua-dua gadis itu difahamkan meminta lelaki itu memilih di antara mereka berdua, jelas sekali mereka tidak ingin berkongsi lelaki yang dicintai.
Posted by Bulletin Media on Thursday, April 16, 2015

Malangnya, sangkaan itu meleset apabila lelaki itu turut melepaskan amarahnya terhadap gadis itu.

Tidak tahan dengan desakan kedua-dua gadis berkenaan, akhirnya lelaki itu membuka baju kerana terlalu 'panas' dengan apa yang terjadi dan akhirnya memilih untuk beredar dari tempat itu.

Gagal memujuk lelaki itu, kedua-dua gadis itu pengsan di tempat kejadian yang dikatakan berlaku di negara jiran. Namun ada juga yang mendakwa insiden itu berlaku di Kelantan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa dan sesekali bersorak dengan 'filem' perebutan cinta tiga segi itu.

*Tak pepasal kena sentuh dek orang ramai.

MMH

Post a Comment

Previous Post Next Post