‘Raja Bomoh’ Ibrahim Mat Zin Bakal Diwartakan Sesat – Harussani

‘Raja Bomoh’ Ibrahim Mat Zin Bakal Diwartakan Sesat – Harussani

Setelah mengejutkan seluruh dunia dengan aksi aneh membawa ‘teropong ajaib’ dan ‘tikar terbang’ bagi mengesan pesawat MH370 serta turut membuat kemunculan khas bermain golf di hadapan Penjara Sungai Buloh ketika kes pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhirnya Raja Bomoh Malaysia bakal diisytiharkan sesat.

‘Raja Bomoh’ Ibrahim Mat Zin Bakal Diwartakan Sesat – Harussani
‘Raja Bomoh’ Ibrahim Mat Zin Bakal Diwartakan Sesat – Harussani
Dalam satu mesyuarat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, tindakan tersebut bakal diambil terhadap Ibrahim Mat Zin.



Menurut Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria, keputusan itu dicapai setelah melihat tindak-tanduk dan ajaran Ibrahim yang didapati terpesong dari konsep Islam sebenar.

Memetik kenyataan beliau dari Berita Harian, “Amalan dan ajaran Raja Bomoh itu bakal diwartakan haram dan sesat kerana terpesong daripada agama.”

Walau bagaimanapun, jawatankuasa tersebut masih belum memutuskan tarikh pewartaan kerana perlu menunggu perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, malah ia perlu dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebelum ini, Ibrahim Mat Zin menjadi buah mulut masyarakat dunia kerana muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika semua pihak memberi tumpuan terhadap usaha menjejaki pesawat MH370.

Dia mendakwa telah dijemput oleh pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah tradisional untuk menjejaki kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines itu.

Nampaknya, inisiatif ini sememangnya wajar kerana cukup-cukuplah dia memalukan Malaysia dengan tindakan mengarut lagi khurafat.

– MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post