Mangsa Gempa Bumi Nepal Terus Meningkat Kepada Lebih 1,800 Kematian

Mangsa Gempa Bumi Nepal Terus Meningkat Kepada Lebih 1,800 Kematian

NEPAL: Kerajaan Nepal telah mengisytiharkan darurat setelah gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter melanda negara tersebut.

Mangsa Gempa Bumi Nepal Terus Meningkat Kepada Lebih 1,800 Kematian
Mangsa Gempa Bumi Nepal Terus Meningkat Kepada Lebih 1,800 Kematian
Kementerian Dalam Negeri Nepal meletakkan angka kematian pada 1,805, dengan kira-kira 4,700 mangsa cedera.

BacaVideo Gambar Everest Bergegar Ibu Kota Nepal Hancur Gempa 7.9 Richter

Sekurang-kurangnya 300 terbunuh di ibu negara, sebuah bandar kira-kira 1 juta orang penduduk di mana rumah mereka sudah usang dan terletak dalam keadaan berhimpit.
Menurut pihak polis, seramai hampir 1,800 orang yang dikenal pasti terkorban dalam gempa bumi yang menggegarkan kawasan di 80 km arah timur Pokhara, kira-kira pertengahan jalan antara bandar tersebut dengan bandar Kathmandu.

Jumlah mangsa yang terkorban dijangka meningkat apabila skala bencana mendapat gambaran lebih jelas.

Menurut laporan, seramai 634 orang telah terkorban di lembah Kathmandu manakala 300 lagi terkorban di kawasan bandar.

Bagi negara-negara berdekatan, 36 kematian dilaporkan di India, 12 kematian di Tibet dan empat di Bangladesh.

Gempa bumi tersebut juga memusnahkan beberapa bangunan bersejarah termasuk Kuil Warisan Dunia UNESCO di Basantapur Durbar Square dan menara Dharara yang terletak di tengah-tengah Kathmandu.

Terdapat laporan menyatakan seramai 250 orang mungkin berada di dalam menara Dharara semasa bangunan tersebut runtuh dan sekurang-kurangnya 50 orang dilaporkan terperangkap dalam kuil bersejarah itu semasa kejadian gempa bumi berlaku.

Askar dan pihak polis yang menerima bantuan daripada orang ramai meneruskan operasi menyelamatkan mangsa gempa bumi sejak pagi Sabtu.

Ribuan warga Nepal mencari tempat perlindungan di kawasan lapang kerana bimbang jika kejadian itu berlaku semula.

Pusat gempa bumi terletak 80 km sebelah barat laut dari Kathmandu dan merupakan lembah yang padat dengan penduduk hampir 2.5 juta orang dan peraturan-peraturan bangunan buruk dikuatkuasakan.

Agensi berita melaporkan, terdapat kejadian tanah runtuh yang berlaku berhampiran kem asas Gunung Everest dan seramai sepuluh orang dipercayai terkorban manakala pendaki-pendaki lain masih terperangkap.

Pendaki gunung dari British, Kenton Cool menerangkan sukar untuk pihak penyelamat meneruskan operasi dalam cuaca yang buruk.

"Ini adalah musim untuk mendaki dan terdapat kira-kira hampir 1000 orang yang mendaki Gunung Everest.

"Agak sukar untuk para penyelamat membantu para pendaki kerana cuaca yang buruk.

"Keadaan tanah di sana akan menyukarkan para penyelamat untuk menyalurkan rawatan perubatan yang diperlukan serta mengeluarkan orang medivac dari kawasan itu," kata Cool.

Laporan daripada Kajian Geologi Amerika Syarikat menjelaskan gempa bumi itu berlaku pada 11.56 malam waktu tempatan dan melaporkan pusat gempa bumi sedalam 2 km.

Beberapa saksi memberitahu gegaran gempa bumi itu dirasai di bandar-bandar di utara India manakala Pemberita Al-Jazeera di New Delhi melaporkan gegaran itu turut dirasai di sekitar Ibu negara India.

Wakil pihak India melaporkan sekurang-kurangnya 34 orang maut di kawasan Bihar dan Uttar Pradesh.

Ketua pengarah Jabatan Meteorologi India, Laxman Singh Rathore berkata kesan gempa bumi juga dirasai di keseluruh kawasan utara India.

"Gegaran itu boleh dirasai di seluruh kawasan utara India dan di timur kawasan Uttar Pradesh.

"Kawasan-kawasan seperti Bihar dan rantau Himalaya di Sikkim juga merasai gegaran yang sama kuat," kata Rathore.

MStar

Post a Comment

Previous Post Next Post