KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disaran menggunakan medium lain selain i-Account untuk menjalankan kaji selidik berhubung cadangan empat inisiatif penambahbaikan sistem pencen.
KWSP Disaran Guna Lebih Banyak Medium Untuk Kaji Selidik |
Baca : Pengeluaran Pada Umur 60 Tahun Kami Tiada Agenda Tersembunyi KWSP
“Saya telah bincang dengan KWSP supaya kaji selidik ini dijalankan melalui lebih banyak platform untuk mengumpul pandangan mereka…Tiada jangka masa ditetapkan (untuk survey itu), apa yang lebih penting adalah bagaimana KWSP boleh mendekati ahli-ahlinya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Semalam, KWSP melancarkan cadangan empat inisiatif penambahbaikan sistem pencen sekarang termasuk penyelarasan umur pengeluaran penuh dengan umur persaraan minimum seperti yang ditentukan oleh kerajaan.
Tiga cadangan lain adalah menyelaraskan caruman minimum dengan undang-undang umur minimum, melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 tahun kepada 100 tahun, dan memperkenalkan simpanan persaraan patuh syariah sebagai tambahan kepada skim sedia ada.
Chua menjelaskan bahawa ketika ini, KWSP masih belum membuat keputusan muktamad dalam menetapkan had umur pengeluaran.
“KWSP tak harus bertindak terburu-buru kerana akhirnya dia (KWSP) pasti kena dapat kelulusan daripada Kabinet dan Rang Undang-Undang juga perlu dipinda kalau mereka nak laksanakan inisiatif-inisiatif ini,” katanya.
Semalam, KWSP turut meminta ahlinya menimbangkan dua cadangan — melanjutkan umur pengeluaran penuh daripada 55 kepada 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun, atau mengekalkan umur pengeluaran 55 bagi simpanan sedia ada dan memperkenalkan umur pengeluaran baharu pada 60 tahun bagi caruman mereka yang bekerja selepas usia 55 tahun. – BERNAMA
Post a Comment