Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Mei 2015 (Tidak Rasmi)

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Mei 2015 (Tidak Rasmi)

Dunia telah dikejutkan dengan kejatuhan harga minyak ditahap terendah sebelum ini dimana ia memberi kesan terhadap jualan minyak di seluruh dunia.

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Mei 2015 (Tidak Rasmi)
Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 1 Mei 2015 (Tidak Rasmi)
Seperti yang kita ketahui bahawa harga bagi ketiga bahan bakar tersebut kini bergantung kepada pasaran dunia semasa dan ditentukan berdasarkan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Memetik laporan yang ditulis oleh Portal Melvister, kerajaan menerusi KPDNKK akan mengumumkan harga rasmi ketiga-tiga bahan bakar tersebut menerusi media massa selepas pukul 8.00 malam Khamis 30 April 2015.

Berdasarkan harga tidak rasmi harga minyak RON 95 akan naik sebanyak 15 sen iaitu dari RM 1.95 seliter ke RM 2.10 seliter.

Bagi RON97 pula turut naik 15 sen dari RM2.25 seliter ke RM 2.40 seliter manakala bagi diesel pula kenaikan juga 15 sen dari RM 1.95 seliter ke RM2.10 seliter.

Bagaimanapun ini bukanlah harga rasmi jumlah yang bakal dinaikkan dan harga ini mungkin boleh berubah berdasarkan harga minyak dunia semasa. - Siakapkeli.com.my

Nota: Harga tidak rasmi RON95, RON97 dan Diesel setakat 22 April 2015. Harga rasmi akan diumumkan KPDNKK pada 30 April 2015 selepas pukul 8.00 malam.

Post a Comment

Previous Post Next Post