Betul Ke Harga Terbaru Rokok Bermula 1 April 2015?..

Betul Ke Harga Terbaru Rokok Bermula 1 April 2015?..

Admin dapat Info ni daripada group whatapps rakan-rakan. Walaupun admin tidak merokok tapi ia sangat terperanjat dengan harga yang tertera dekat gambar atas.

Betul Ker Harga Terbaru Rokok Bermula 1 April 2015?..
Betul Ker Harga Terbaru Rokok Bermula 1 April 2015?..
Uish, mahal jugak ye harga rokok sekarang ni. Mungkin ia biasa kepada orang lain tetapi tidak pada saya. Harga yang diberikan terasa terlalu mahal.

Jika begini harganya, maka tidak hairanlah mengapa ramai orang yang membeli rokok yang tidak berdaftar. Semuanya di atas faktor harga. Tetapi, bila mereka memilih untuk membeli rokok yang tidak berdaftar, maka mereka perlu memikirkan hal ini pula : Apa yang anda perlu tahu tentang rokok seludup.

Ini mungkin salah satu usaha kerajaan dalam usaha mengurangkan penghisap rokok. Tetapi, saya merasakan, wujud pertambahan yang sangat ketara kepada bilangan mereka.

Manakan tidak, penjualan rokok kepada mereka di bawah umur seperti tidak terkawal. Pernah juga saya tanyakan kepada pemilik kedai runcit, kenapa mereka tetap juga menjual rokok kepada pembeli bawah umur.



Jawapan pemilik kedai mudah je, katanya, mereka terpaksa menjual atas kerana ia juga memberi keuntungan kepada mereka.

Antara alasan lain, mereka menjual rokok seludup atas kerana ramai yang tidak mampu untuk membeli rokok yang berdaftar atas faktor harga yang tinggi.

Ini antara faktor kenapa wujud pertambahan di kalangan penghisap rokok.



Hafizul Iskandar

Post a Comment

Previous Post Next Post