Al-Fatihah - Komandan Wanita Pertama PULAPOL Dato’ Nahariah, Meninggal Dunia

Al-Fatihah - Komandan Wanita Pertama PULAPOL Dato’ Nahariah, Meninggal Dunia

KETUA Polis Negara dan isteri, bersama seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah SAC Dato’ Nahariah Hussein di atas pemergian beliau ke rahmatullah pada jam 9.47 malam tadi di Hospital Kuala Lumpur.

Komandan Wanita Pertama PULAPOL Dato’ Nahariah Hussein, Meninggal Dunia
Komandan Wanita Pertama PULAPOL Dato’ Nahariah Hussein, Meninggal Dunia
Allahyarhamah yang dilantik sebagai Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur pada 16 Januari 2014 merupakan pegawai kanan polis wanita pertama dilantik sebagai komandan pusat latihan selepas diterajui oleh 41 pegawai kanan polis lelaki.

Sebagai seorang ketua yang tegas dan berdedikasi sepanjang menggalas amanah sebagai Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan yang besar buat PDRM.

Semoga roh Allahyarhamah Dato’ Nahariah ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah.

Sumber Facebook PDRM

Post a Comment

Previous Post Next Post