Kisah Viral!!.. Adik Firdaus Murid Tahun 1, ‘Kenapa Kau Pijak Beg Aku?’

Kisah Viral!!.. Adik Firdaus Murid Tahun 1, ‘Kenapa Kau Pijak Beg Aku?’

TERSENTUH kami tatkala membaca coretan seorang guru yang berkongsi cerita mengenai murid tahun 1 hingga membuatkan ada yang menitiskan air mata.

Kisah Viral!!.. Adik Firdaus Murid Tahun 1, ‘Kenapa Kau Pijak Beg Aku?’
Kisah Viral!!.. Adik Firdaus Murid Tahun 1, ‘Kenapa Kau Pijak Beg Aku?’
Al kisah bermula, seorang murid tanpa sengaja telah memijak beg kepunyaan adik bernama Firdaus hingga mengakibatkan beg sekolah itu dipenuhi debu kotoran.

Bagaimanapun, kata-kata yang diluahkan adik Firdaus kepada rakannya, Izham dengan mendakwa beg tersebut adalah kepunyaan arwah ayahnya amat meruntun jiwa.

Kisah ini ditulis oleh Cikgu Noor Afifah Mohd Baharuddin dalam Facebooknya:

Anak-anak LINUS ku di Tahun 1. Buat teacher menitik air mata pula hari ni……

Hari ni Izham memang agak susah Iah nak kawal. Ada sahaja idea nya nak usik kawan. Biasalah budak-budak kan. Alkisahnya, Izham dah kotorkan beg Firdaus, dengan memijak beg tu.

Sedihhh Firdaus. Sambil sapu debu kotoran kasut Izham pada begnya, sambil cakap, ‘Ko ni nape kotorkan beg aku? Tahu tak ni beg ayah aku? Ko ni… kotor dahh.. Dah la ayah aku dah tak ada!’

Dengan nada marah Firdaus marah kat Izham. Teacher nya pula sambil tahan takungan air dalam kelopak mata. Hehe… Sedih tengok anak kecil ni yang dah merasa kehilangan ayah tercinta, pada usia 7 tahun. Banyak boleh kita buat refleksi. MashaAllah. Moga Allah panjangkan umur kedua orang tuaku. Aamiin ya Rabb.


Siapa sangka, pada usia sekecil ini adik Firdaus ini sudah diuji tentang kehilangan bapa tercinta.

Malah, sifat adik Firdaus yang mempunyai rasa kasih dan nilai sentimentalnya terhadap peninggalan barangan arwah bapanya nyata menunjukkan begitu besar maknanya terhadap jiwa kecil kanak-kanak itu.

Moga adik Firdaus tabah mengharungi cabaran masa depan kelak. – MYNEWSHUB

Post a Comment

Previous Post Next Post