Ibu buang anak dan tinggalkan nota : 'Mohon Jaga Dan Besarkan Dia’

Ibu buang anak dan tinggalkan nota : 'Mohon Jaga Dan Besarkan Dia’

Terdesak kerana tidak mempunyai wang untuk membesarkan anak kandungnya, seorang ibu bertindak nekad meninggalkan bayi yang baru dilahirkannya baru-baru ini.

Ibu buang anak dan tinggalkan nota : "Mohon Jaga Dan Besarkan Dia’
Ibu buang anak dan tinggalkan nota : "Mohon Jaga Dan Besarkan Dia’
Menurut salah seorang pembaca SuaraTV yang enggan mendedahkan identitnya, kejadian tersebut berlaku di hadapan rumah abangnya di Sungai Petani.

“Bayi ini ditingalkan di hadapan rumah my brother” ujarnya di dalam akaun twitternya sebentar tadi.

Menurutnya bayi yang ditinggalkan itu lengkap berpakaian dan diletakkan dibawah kelambu bersama sepucuk surat.

“Saya memohon maaf kerana meletakkan anak saya di rumah encik sekeluarga. Saya tidak mampu membesarkan anak ini atas sebab kewangan dan keluarga saya tidak kenal encik sekeluarga, tetapi saya amat berharap encik sudi memberi perlindungan kepada anak saya atas apa cara sekali pun.



“Saya amat gembira jika encik sekeluarga sudi membesarkan anak ini seperti anak encik sendiri, saya berjanji atas nama Allah saya tidak akan kembali di masa hadapan untuk mengambil anak saya kembali, saya memohon jasa baik encik sekeluarga untuk menjaga dan membesarkan dia,” ujar ibu kepada bayi tersebut di dalam surat tersebut.

Menurut sumber bayi tersebut baru berusia seminggu berdasarkan kesan tali pusatnya yang masih baru.



SuaraTV gagal menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk pengesahan kerana cuti hujung minggu. -Platinummedia-X

Post a Comment

Previous Post Next Post