Disebabkan 3 Tahun Di Sarawak, Guru Ini Bakal Bercerai…

Disebabkan 3 Tahun Di Sarawak, Guru Ini Bakal Bercerai…

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul…berat lagi kami yang menulis kisah seorang guru ini. Begitulah kisahnya seorang guru yang dikatakan bakal berpisah dengan isteri tercinta kerana bertugas jauh di pedalaman Sarawak.

Disebabkan 3 Tahun Di Sarawak, Guru Ini Bakal Bercerai…
Disebabkan 3 Tahun Di Sarawak, Guru Ini Bakal Bercerai…
Pasangan ini dikatakan akan berpisah disebabkan si suami yang ditukarkan ke Serawak selama tiga tahun sehingga menyebabkan hubungan mereka tergangggu dan hilangnya ‘perasaan’ kasih sayang di antara mereka.

Lebih pedih lagi, si suami pula telah menyalahkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam pautan sebuah Group E-Pertukaran Guru Suka Sama Suka di Facebook kerana memisahkan mereka..


Pengadu juga dilihat seakan tidak akan memaafkan KPM kerana masalah rumahtangga yand dihadapi mereka.

Sebenarnya banyak kisah yang berkaitan dengan hal suami isteri yang terpisah jauh, tidak tahu lah sama ada berbaloi atau tidak pengorbanan mereka.

Soal pertukaran pengajar memang pada setiap tahun tidak ada kesudahannya.

Bagaimanapun, berjauhan kerana tuntutan pekerjaan atau pendidikan bukan bermakna anda tidak boleh berbuat apa-apa.

Kata orang’jauh di mata dekat di hati,’ inilah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan percintaan jarak jauh.

Semestinya menjaga hubungan di dalam sesebuah rumah tangga memerlukan usaha serta tawakal lebih-lebih lagi bila pasangan itu diuji dengan jarak yang berjauhan.

Kepercayaan diantara pasangan serta sikap saling memahami sememangnya merupakan antara kunci utama keharmonian rumahtangga.

Apa-apa pun, penceraian yang berlaku sebenarnya berpunca dari kesilapan diri sendiri, dan apabila dugaan melanda, kitalah yang perlu menilai ‘sekuat mana tembok yang telah dibina.’

(LAGIPUN MASA MULA-MULA MINTAK KERJA CIKGU DULU DAH DIBERITAHU KAN AKAN DITEMPATKAN KE NEGERI LAIN JIKA PERLU… MASA NAK KERJA SETUJU AJE… TERIMALAH APA YANG BERLAKU…KALAU ISTERI KAU SAYANG KAT KAU… TAKKAN PASAL JARAK TU JADI ISU BESAR SAMPAI NAK BERPISAH….)

-MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post